Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan
puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun
sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga
zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari
kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk
dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta
orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya,
jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke
negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal
25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya
sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis
permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk
kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan
dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan
Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan
menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan
Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga
air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada
hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa
ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4
meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan
galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun
yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air
sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660
liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk
ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas
bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada
cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu
tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui
saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh
melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang
mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air
dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu
menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil
apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya
tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa
pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia
merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti
sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan,
ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang
besar.
|
Klik Gambar Untuk ZOOM |
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan
bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif
membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah
dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam,
mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang
keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil
sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu
terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang
setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan:
“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika
meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu,
maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya
merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya
agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia
adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan
bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam
itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan
kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah,
terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya
berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga
lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam
keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang
tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam
ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat
untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.