BATU PAHAT: Setiap pasangan bergelar ‘Raja Sehari’ sudah pasti
mahukan hari bersejarah itu dikenang sampai bila-bila dan pelbagai cara
dilakukan bagi menjadikannya antara hari paling bermakna dalam hidup
masing-masing.
Berikutan itu, tidak hairanlah sepasang mempelai, Mohd Taufik
Mislan, 26, dan Nur Zila Ismail, 25, sanggup menaiki jengkaut yang
dipandu Taufik sejauh 700 meter bermula di rumah Zila di Kampung Parit
Mantan, Parit Sulong, di sini, ke rumahnya di kampung sama, baru-baru
ini.
Bapa Taufik, Mislan Kasiran, 65, berkata, idea menaiki
jengkaut itu cetusan pengantin lelaki yang mahukan kelainan pada hari
persandingannya.
Menurutnya, Taufik mahu mengabadikan kenangan berkenaan yang
sinonim dengan kerjanya iaitu pembantu kontraktor binaan dan pembekal
barang binaan.
“Saya tidak membantah apa yang anak saya
minta, lagipun dia bersungguh-sungguh mahu membuat kelainan itu sebagai
tarikan kepada saudara mara kami.
“Dia membasuh sebuah
jengkaut dan membersihkan jentera itu sebelum dipandunya ketika berarak
pada hari persandingannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya,
baru-baru ini.
Sunday, 14 October 2012
Pengantin Dibuai Jengkaut
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Pilihan
-
Setiap tahun menjelang suatu perayaan di sebuah kampung terpencil di negara China, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging manusia ...
-
Today, we're going DEEP into the heart of downtown Marrakech, to try some AMAZING Moroccan Street Food. You can explore with us as...
Blog Archive
-
▼
2012
(
104
)
-
▼
October
(
9
)
- Wow..RM4,374 Secara Automatik?
- Minah Salleh Nyanyi Lagu Melayu 'Kau Ilhamku'
- Pemuda Ini Cipta Anak Patung Bagi Puaskan Nafsu Se...
- Pengantin Dibuai Jengkaut
- 7 Cedera Dirempuh Peragawati Mabuk - Dia Hanya Mem...
- DUNIA Kini: Pilih 'TEMAN' Dalam Kereta
- IQ Seorang Murid Perempuan Telah Mengatasi Einstein
- Kek Sedap Tapi Ngeri
- Makhluk Misteri yang Terdampar di pantai Jepun
-
▼
October
(
9
)
EmoticonEmoticon