HULU LANGAT 31 Jan. - Tiada perkataan dapat digambarkan apabila saya melihat Liyana (mangsa) dalam keadaan berlumuran darah terutama di bahagian kepala dan leher.
Semasa kejadian, Liyana berjaya berlari keluar dari rumahnya untuk mendapatkan bantuan dan terserempak dengan cucu saya lalu membawanya ke dalam rumah kami".
Begitu ujar Mansor Isa, 74, ketika menceritakan detik panik semasa dia bertemu Liyana Norazman, 12, dalam keadaan berlumuran darah sebaik sahaja ditetak bapa remaja itu sendiri semalam.
Mansor berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur namun terjaga mendengar bunyi bising cucunya berusia 12 tahun dan terkejut melihat Liyana di sisinya dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.
Katanya, isterinya segera membantu Liyana membersihkan luka sebelum kanak-kanak itu menceritakan kejadian menimpanya dan dua adiknya.
Sebaik sahaja mendapat tahu cerita daripada Liyana, saya panik dan bergegas ingin ke rumah mangsa tetapi dihalang Liyana kerana dia menyatakan bapanya masih memegang parang.
Saya dinasihatkan cucu agar segera pergi mendapatkan pertolongan jiran yang lain selain menghubungi polis. Jiran-jiran kemudian membantu membawa mangsa ke hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, suspek, Norazman Mohammad, 44, bertindak di luar batas kemanusiaan apabila mengelar leher tiga anaknya sehingga mengakibatkan seorang daripada anak perempuan berusia tujuh tahun mati manakala dua lagi parah.
Difahamkan, suspek yang sebelum ini bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) telah berhenti kerja selama dua tahun namun bekerja sendiri dalam bidang pendawaian elektrik.
Malah, dia tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda kemurungan atau sakit serta rajin mengikuti apa sahaja program melibatkan komuniti di sekitar itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140201/je_01/Saya-panik-lihat-anak-jiran-berdarah---Penduduk#ixzz2s1aXkaMN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bapa kelar anak direman sehingga Khamis
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar ketika dihubungi berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.
Susulan kejadian itu, polis menemui lelaki itu dalam keadaan murung, basah dan cedera di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
- BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140201/je_03/Bapa-kelar-anak-direman-sehingga-Khamis#ixzz2s1bRp8Hy
Suspek kelar anak seorang bapa yang baik - Jiran
Demikian ujar penduduk, Ahmad Shapawi Ismail, 51, yang juga jiran Norazman Mohammed, 44, suspek yang mengelar leher dan menetak tiga anaknya semalam.
Ahmad Shapawi berkata, selain dihormati kerana rajin ke surau, jirannya itu juga seorang yang rajin mendalami ilmu agama.
"Justeru, kami memang terkejut dengan kejadian (pembunuhan) itu kerana dia seorang yang amat disenangi semua orang dan sebelum kejadian, dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.
"Tambahan pula, setiap kali ada ceramah dan pengajian agama di surau, dia tidak pernah terlepas membawa anak-anaknya sekali," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Berkongsi cerita tentang jirannya yang dikenali sejak sembilan tahun lalu, Ahmad Shapawi berkata, jirannya juga sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan komuniti di situ.
"Dia dan anak-anaknya sangat rapat, apa sahaja aktiviti yang dianjurkan di sini, pasti kesemua anaknya akan dibawa sekali.
"Kali terakhir saya bertemu dengan dia adalah pada Selasa lalu, ketika sedang mengajar anaknya memandu kereta dan dia juga sempat solat zuhur berjemaah di surau.
"Saya ada menegur dia ketika itu, jelas dia seperti selalu dan sebelum kejadian, dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya lagi.
Sementara itu, Ahmad Shapawi turut memberitahu, jirannya itu ada belajar ilmu perubatan Islam kebelakangan ini tetapi menolak kemungkinan sekiranya ada melibatkan ajaran sesat.
"Dia sudah tidak bekerja dan isterinya ada memaklumkan sejak kebelakangan ini dia kelihatan agak tertekan dan tidak tahu puncanya," ujarnya.
Difahamkan anak sulung suspek berusia 17 tahun adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Maahad Hamidiah, Sungai Ramal, Kajang dan mendapat tawaran menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti tempatan tidak lama .http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140201/je_04/Suspek-kelar-anak-seorang-bapa-yang-baik---Jiran
EmoticonEmoticon