Monday, 31 March 2014

MH370: Seminggu lagi sebelum isyarat kotak hitam lenyap

KUALA LUMPUR: Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.
  
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.
  
Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.
  
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu.  
  
Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian  kotak hitam itu.

Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu.
  
Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China.
  
"Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan  MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, hari ini.
  
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
  
Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu.

"Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin.
  
Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370.
  
Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS.
  
Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu.
  
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

Siapa Bill Shorten dalam isu MH370?

Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik.

Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!

Beliau hanyalah Ketua/ presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.

Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain.

Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia. 

Bagi negara seperti Australia, ketua pembangkang bebas untuk melawat mana-mana jabatan kerajaan dan kakitangan kerajaan pula tidak dicop yang bukan-bukan kerana kunjungan ketua pembangkang. 

Perkara ini merupakan suatu contoh bagaimana demokrasi diraikan dan dihormati. Sebelum ini pun, Perdana Menteri Australia membentangkan penemuan baru di parlimen, bukannya secara sorok-sorok seperti di Malaysia – pembangkang kena memohon untuk mendapat taklimat tentang MH370.

Saya berharap, suatu hari nanti rakyat dan pemerintah di Malaysia benar-benar melaksanakan prinsip demokrasi dan menegakkan keadilan tanpa ada batas politik, pangkat, keturunan, agama dan bangsa.

Sunday, 30 March 2014

Pesawat MH370 Sah Dirampas-RTM


Kecoh semalam apabila siaran TV2 memaparkan berita terkini yang amat menggemparkan penonton yang melihatnya.
Pada pukul 12.05 a.m ketika tayangan Telemovie bersiaran, TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej "PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".

Walaupun tidak ramai yang menyedari perkara itu, sekeping gambar "Screen Capture" yang dimuatnaik ke dalam media sosial telah menjadi viral dan rata-rata terkejut dengan pengumuman itu.

Namun, baru sahaja beberapa jam lalu pihak RTM melalui Facebook Rasmi TV2 memohon maaf terhadap kesilapan siaran itu. Mereka juga turut mengatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kecuaian yang berlaku.

Semoga pihak RTM lebih berhati-hati berikutan perkara ini amat sensitif dan ditakuti kesilapan dan kecuaian seperti itu akan diambil dan dipergunakan oleh Media Antarabangsa untuk menimbulkan persepsi negatif kepada negara kita!-tengok tv

sumber:inforlaju

Friday, 21 March 2014

MH370: Australia akui usaha kesan dua objek sukar

MELBOURNE: Usaha mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lepas di kawasan pencarian seluas 23,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, mungkin mengambil masa berhari-hari kerana keadaan cuaca buruk.
  
Laporan agensi berita Australian Association Press (AAP) itu yang memetik kerajaan Australia, turut menyatakan usaha mencari diteruskan selepas pesawat Australia dan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis gagal mengesan kedua-dua objek yang dirakam oleh satelit kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, awal minggu ini.
  
Empat pesawat tentera iaitu dua daripada Tentera Udara Diraja Australia serta masing-masing satu dari New Zealand dan AS dikerah ke lokasi pada Jumaat.
  
Kapal dagang Norway, St Petersburg masih berada di kawasan itu dan sebuah lagi kapal dagang dijangka tiba pada Jumaat malam. Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success juga dalam perjalanan dan dijangka tiba pada Sabtu.
  
"Setakat ini tiada objek dikesan," lapor AAP yang memetik Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini pertamanya pada Jumaat.

Pemangku Perdana Menteri Warren Truss berkata keadaan cuaca adalah buruk.
  
Beliau berkata usaha pencarian "sukar dan mencabar" terutama kerana objek terbabit mungkin telah hanyut agak jauh dari tempat asal ia dicerap oleh satelit pada 16 Mac.
  
Kerajaan juga mengingatkan walaupun imej satelit itu kredibel, objek mungkin tidak ada kaitan dengan pesawat tersebut.
  
Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu pemberita di Papua New Guinea pada Khamis malam, penemuan itu merupakan petunjuk paling positif setakat ini dalam usaha mengesan penerbangan MH370 yang hilang bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hampir dua minggu lepas.
  
"Kita tidak tidak tahu apakah yang sebenarnya dicerap oleh satelit itu sehingga kita dapat lihat dari dekat, akan tetapi ini petunjuk paling memberangsangkan dalam satu kejadian misteri yang begitu membingungkan.
  
"Kita menawarkan semua sumber yang boleh untuk membantu. Kita akan melakukan apa yang terdaya untuk menyelesaikan kejadian ini," katanya. - Bernama  hd

Kronologi kehilangan pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.
  
Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.
  
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
  
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
     
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
  
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
  
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
  
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
  
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
  
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.  
Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
  
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
  
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
  
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
  
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
  
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
  
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
  
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
  
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
  
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya  Perth.
Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. - Bernama   HD

Thursday, 20 March 2014

Wednesday, 19 March 2014

MH370: Plane not sighted over Maldives, says Hisham

MH 370: questions, questions, questions over missing aircraft

Missing MH370: FBI analysing data from pilot’s simulator, says report

KUALA LUMPUR/WASHINGTON: The FBI is helping Malaysian authorities to analyse data from a flight simulator belonging to the captain of missing Malaysia Airlines Flight MH370, according to a Reuters report.
Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar, said an examination of the simulator, taken from the home of pilot Zaharie Ahmad Shah, 53, showed its data log had been cleared on Feb 3, more than a month before the airliner, carrying 239 people, disappeared on a flight from Kuala Lumpur to Beijing.
No wreckage has been found from the jetliner, which vanished from air traffic control screens off Malaysia's east coast at 1.21am on March 8, less than an hour after taking off.
Malaysia has now made available to the FBI electronic data generated by both pilots of Flight MH370, including data from a hard drive attached to the captain's flight simulator, and from electronic media used by the co-pilot, Fariq Abdul Hamid, a US law enforcement official told Reuters.
The official said he could not confirm that some data had been wiped from the simulator and stressed that there was no guarantee the FBI analysis would turn up any fresh clues.
The FBI has extensive experience investigating airplane crashes, including those of TWA 800 and EgyptAir 990 off the US east coast in the 1990s and Pan Am Flight 103 over Lockerbie, Scotland.
In the case of EgyptAir 990, the FBI helped air safety investigators establish that the crash was caused by a suicidal co-pilot, while in the case of Pan Am 103, the agency worked with British and US intelligence to build a case against the government of Libya.
The unprecedented search for the Boeing 777-200ER had focused on two vast search corridors: one arcing north overland from Laos towards the Caspian Sea, the other curving south across the Indian Ocean from west of Indonesia's Sumatra island to west of Australia.
"The working assumption is that it went south, and furthermore that it went to the southern end of that corridor," said a source close to the investigation.
That view is based on the lack of any evidence from countries along the northern corridor that the plane entered their airspace, and the failure to find any trace of wreckage in searches in the upper part of the southern corridor.
Some sources involved in the investigation have voiced fears it could stall due to the reluctance of countries in the region to share militarily sensitive radar data that might shed new light on the direction the jet took.
Malaysian and US officials believe the aircraft was deliberately diverted perhaps thousands of miles off course, but an exhaustive background search of the passengers and crew aboard has not yielded anything that might explain why.
If the plane did indeed end up in the southern Indian Ocean, one of the remotest places on Earth and also one of the deepest seas, it increases the chance it may never be found - and investigators may never know for sure what happened on board.
Officials believe that someone with detailed knowledge of both the Boeing 777 and commercial aviation navigation switched off two vital datalinks: the ACARS system, which relays maintenance data back to the ground, and the transponder, which enables the plane to be seen by civilian radar.
US agencies have looked for evidence that anyone other than the pilots knew how disable ACARS but have found nothing. - Reuters

Tuesday, 18 March 2014

DON’T learn about internet marketing

Can you believe this…

You CAN actually make money online WITHOUT first learning
about internet marketing!

http://bit.ly/cbincomE

Imagine if…

-You didn’t need to write or produce any unique content

-You didn’t need to create any products to sell

-You didn’t need to write up any sales letters

-You didn’t need to provide any customer service or
follow up support

-You didn’t even need to learn about internet marketing!

But instead, just focus on ONE simple task and you can create a
passive income on the internet?

Click here to find out more:

http://bit.ly/cbincomE


P.S.  I want to make it much clearer to you…

This is NOT multi-level marketing.

This is NOT an internet marketing “magic button”.

Finally, this is NOT affiliate marketing in action.

http://bit.ly/cbincomE

 Download The Real Secret of Making Money Online Fast for Free

Sunday, 16 March 2014

Kasut saya dah kena pijak, dah lasak - Wan Azizah

KAJANG: Tiada protokol, sikap rendah diri dan tidak memilih itulah sikap yang dimiliki calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Harakahdaily yang sempat bersama Presiden PKR itu ketika kunjungan beliau di pasar malam Taman Sri Jenaris turut mendapati kebanyakan pengunjung amat menyenangi sikap beliau itu.

Sikap ramah dan mengetepikan protokol membuatkan Wan Azizah senang didekati, malah beliau juga tanpa segan membeli kasut dari pasar malam itu untuk kegunaannya.

"Kasut saya dah kena pijak, dah lasak sebab berjalan jauh.

"Nak ganti baru ni, apa salahnya saya beli di pasar malam," jelas beliau kepada peniaga.

Dalam masa membeli belah di pasar malam tersebut, Wan Azizah turut berkempen agar memilih PKR pada 23 Mac nanti bagi menjadikan Kajang sebuah bandar terbaik.

Pada PRK Dun Kajang, Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Tinjauan turut mendapati, kebanyakan penduduk Taman Sri Jenaris ini belum mengenali Wan Azizah secara dekat.

Namun dengan kehadiran calon PRK itu, mereka mula mengerti sikap dan ketabahannya dalam menempuhi cabaran hidup apabila suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat II.    HD

Konsert maut: Kementerian perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertanggungjawab terhadap penganjuran Future Music Festival Asia 2014 yang mengakibatkan enam remaja maut dan tiga masih dalam keadaan kritikal di hospital.
Menurut Naib Ketuanya, Muhammad Farkhan Abdullah, konsert yang berlangsung dua hari di Stadium Bukit Jalil dekat sini jelas tidak mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.
Sehingga kini 19 orang telah ditahan polis kerana dipercayai mengambil dadah sepanjang konsert berkenaan diadakan.
 
Menurutnya, walaupun Perdana Menteri pernah mengumumkan peruntukan terkumpul sebanyak RM8.654 bilion untuk memerangi penyalahgunaan dadah, namun insiden terbaru ini menunjukkan ia seolah-olah tidak memberi bekas.
Negara kini dilapor mempunyai seramai 63,884 penagih dadah.
 
Farkhan turut mempersoalkan sama ada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menguatkuasakan Garis Panduan Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dalam penganjuran konsert tersebut.
"Adakah pihak kementerian dan penganjur mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan berkenaan?
"Pihak kami juga yakin penganjuran konsert itu bercanggah dengan Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 dan Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992," ujarnya.
Sehubungan itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kementerian memberikan penjelasan sekaligus memberikan justifikasi mengapa 'pesta liar' dibenarkan berlangsung di saat negara berhadapan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370.    HD

Thursday, 13 March 2014

Finding Amanda Trailer

Wednesday, 12 March 2014

Planes Failure Landing ever caught on camera Fail Copilation

)

Video: Chilling moment Malaysian Airlines plane vanishes from live online flight tracker

)

Video: Chilling moment Malaysian Airlines plane vanishes from live online flight tracker


This sinister video shows the moment a Malaysian Airlines passenger jet carrying 239 people vanished from a live online flight tracker.

The footage, taken on a mobile phone, shows flight MH370 leaving Kuala Lumpur and heading towards Vietnam.

But midway over the South China Sea, the plane turns red and suddenly disappears.

It has not been seen or heard from since.

http://www.mirror.co.uk/news/world-ne...

Video: Watch eerie moment family of missing Malaysia Airlines passenger successfully ring his phone

)
Video: Watch eerie moment family of missing Malaysia Airlines passenger successfully ring his phone - but nobody answers

The family of a passenger on the missing Malaysia Airlines flight successfully rang his mobile phone - but nobody answered.

This video shows the moment relatives of a Chinese man among the 239 people feared dead after the passenger jet mysteriously disappeared rang his phone live on state television.

The call connected, but then rang out.

Chinese media reports that a number of families have been able to ring mobile phones of their missing loved ones but no one answers.

The development raises even more questions about what has happened to flight MH370.

The flight is presumed to have crashed off the Vietnamese coast on Saturday, after losing contact with air traffic controllers off the eastern Malaysia coast.

Fears terrorists are to blame are growing as it emerged two passengers were using stolen passports.

An Italian and an Austrian were feared to be among the 239 victims presumed dead after the Boeing 777 crashed into the South China Sea.

http://www.mirror.co.uk/news/world-ne...

Sunday, 9 March 2014

Pesawat MH370 mungkin cuba patah balik

Saturday, 8 March 2014

Friday, 7 March 2014

Berdoalah agar Allah selamatkan penumpang MAS

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau mengikuti dengan dekat perkembangan pesawat MAS ke Beijing yang terputus hubungan komunikasi dengan pusat kawalan.

“Sama-sama kita doakan semua penumpang selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

“Kepada semua ahli keluarga, jangan putus-putus berdoa memohon kesejahteraan daripada Allah SWT,” ujar beliau menerusi facebook.
Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa kepada Allah memberi keselamatan terbaik untuk penumpang MAS dengan Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Sebagai seorang yang menjadi pelanggan tetap pelbagai pesawat kapal terbang dengan kekerapan yang tinggi saban minggu saya benar-benar menjiwai nasib dan keselamatan para penumpangnya,” ujar Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan ringkas.

Buat masa ini pelbagai sumber berita berlegar di pelbagai media berhubung status keselamatan 227 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, kepada ahli keluarga yang sedang dilanda kebimbangan ayuhlah tabahkan hati kalian dan banyakkan berdoa.

Katanya, antara doa yang elok dibaca ialah حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ yang bermaksud: “Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat penyerahan diri".------Hd

Pakatan akan bincang calon alternatif PRK Kajang


JERANTUT: Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya didapati tidak layak bertanding berikutan keputusan Mahkamah Rayuan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau menjangkakan mesyuarat tersebut akan diadakan selepas Konvensyen PR esok memandangkan masa yang agak suntuk.

Katanya, beliau sedih dengan berita Anwar didapati bersalah.

“Sebab itu kita nyatakan ini sesuatu yang dirancang, konspirasi halus yang pentingnya bagi mereka menghalang untuk PR membuat satu lonjakan di Kajang untuk kita sampai ke Putrajaya.

“Jadi kita mungkin akan bincang sesiapa yang akan bertanding di Kajang bagi menggantikan Anwar Ibrahim, seandainya sesuatu terjadi pada hari penamaan calon seperti diisytiharkan hilang kelayakan,” katanya pada majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti PAS Jerantut di sini petang tadi.

Turut hadir dan berucap ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Md Jusoh Darus, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHHPP) negeri, Balasubramaniam dan Yang Dipertua PAS Jerantut, Yohanis Ahmad.

Mnegenai Pusat Khidmat Komuniti, Salahuddin berharap, di samping memberikan khidmat dan kebajikan, apa yang penting untuk dilaksanakan oleh PAS Jerantut ialah memberikan pendidikan politik kepada orang Melayu.

Katanya, itu penting kerana selagi orang Melayu tidak digerakkan ke arah perubahan maka selagi itulah PAS sukar untuk menang di kawasan luar bandar dan Felda.--------Hd

Solidariti buat Anwar, perjuangan akan terus marak

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga bersabar dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

"Saya harap Anwar sekeluarga dapat bersabar, jangan patah semangat dan terus berjuang,” ujarnya dalam sms yang ketika ini berada di Berlin, Jerman.

Sehubungan itu, beliau yakin apa yang berlaku itu akan memberi lonjakkan undi kepada Pakatan Rakyat, walaupun siapa yang bertanding pada PRK Kajang.

"Ini merupakan satu isyarat jelas rakyat yang menentang keputusan mahkamah hari ini," ujarnya lagi.

Bagi AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula, hari ini di seluruh negara dilanda ‘mendung’.

Beliau percaya seluruh dunia yang mengikuti rapat perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia akan berkabung dengan penuh kesedihan dan berasa amat dukacita dengan perkembangan terbaru yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sendiri tentu sahaja tidak gembira malah turut sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Anwar. 

“Saya mendoakan semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi ujian getir ini. Mudah-mudahan segalanya di dalam lindungan dan pemeliharaan Allah SWT jua buat Datuk Seri Wan Azizah dan anak-anak pastinya orang paling sedih dan kecewa terhadap episod hitam ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. 

Namun beliau yakin perjuangan akan terus marak terutama dukungan anak muda yang tidak akan patah semangat untuk bangkit menentang kezaliman, meluruskan kepincangan dan menolak kebatilan dalam politik, ekonomi, sosial dan perundangan negara.----HD

Liwat II: Panel hakim putus Anwar bersalah


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes Liwat II.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara panel hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun, bagaimanapun hakim membenarkan permohonan bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.
Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan tetapi Anwar bangun dan minta mitigasi dijalankan sekarang.

Hakim Balia berkata, beliau akan memberi masa dan mitigasi akan dibuat dalam tempoh satu jam.

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya dilihat keluar dari bilik mahkamah sejurus keputusan dibacakan.

Tidak berapa lama kemudian, mereka dilihat masuk kembali.

Di pintu belakang bangunan mahkamah pula, jumlah penyokong Anwar dilihat semakin ramai.

Pihak polis juga mengetatkan kawalan di laluan masuk situ.----HD

PKR sudah ada nama calon ganti Anwar di Kajang

KUALA LUMPUR: PKR sudah mempunyai beberapa nama bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
    
Ini susulan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira enam tahun lepas.
    
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata terdapat beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh parti itu.
    
"Tidak kisah siapa yang akan bertanding, orang itu akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.
    
"Kami akan terus membangunkan Selangor dan saya akan terus memainkan peranan utama di Selangor," katanya ketika ditemui di perkarangan rumahnya dekat sini, hari ini. - Bernama ---HD

PAS berkongsi kekecewaan bersama keluarga Anwar


KUALA LUMPUR: PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebagai mengulas hukuman bersalah terhadap Anwar oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat II, hari ini.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun, bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.

PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas.

Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa.

Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.

PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.

PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.---HD

Monday, 3 March 2014

Ular sawa 3.04 meter telan buaya di Australia



SYDNEY - Seekor ular menelan seekor buaya selepas membelitnya dalam satu pertarungan di Tasik Moondarra, Queensland, Australia kelmarin.
Detitk-detik pertarungan itu disaksikan oleh seorang lelaki, Travis Corlis dan isterinya, Tiffany Corlis.
Menurut Travis, ular sawa itu sepanjang 3.04 meter manakala buaya tersebut sepanjang 0.91 meter.
"Kedua-dua haiwan itu bertarung di dalam tasik. Kami berdiri sambil menyaksikan (pertarungan itu) dengan penuh kekaguman," kata Travis.
Menurutnya, beberapa jam kemudian, dia mendapati ular berkenaan membelit badan buaya tersebut dan menarik haiwan berkenaan ke tepi tebing.
Travis berkata, ular tersebut melepaskan belitan pada buaya berkenaan di tepi tasik tersebut.
Dia berkata, ketika belitan itu dilepaskan, buaya tersebut telah mati.
"Kira-kira 10 minit kemudian, buaya itu telah ditelan ular berkenaan," katanya.
Tiffany berkata, pertarungan tersebut dianggapnya seperti satu kejadian yang tidak dapat dipercayainya tetapi pernah berlaku di depan matanya.
"Namun, kejadian itu benar-benar berlaku. Ular tersebut telah menelan buaya itu," katanya.
Menurut Tiffany, ketika bertarung, buaya berkenaan bergelut untuk memastikan kepalanya berada di atas permukaan air.
Dia berkata, kedua-dua haiwan itu kelihatan letih semasa pertarungan tersebut berlaku.
Pada akhirnya, kata Tiffany, buaya tersebut memenangi pertarungan itu. - AFP


Artikel Penuh:kos
mo

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my