KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertanggungjawab terhadap penganjuran Future Music Festival Asia 2014 yang mengakibatkan enam remaja maut dan tiga masih dalam keadaan kritikal di hospital.
Menurut Naib Ketuanya, Muhammad Farkhan Abdullah, konsert yang berlangsung dua hari di Stadium Bukit Jalil dekat sini jelas tidak mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.
Sehingga kini 19 orang telah ditahan polis kerana dipercayai mengambil dadah sepanjang konsert berkenaan diadakan.
Menurutnya, walaupun Perdana Menteri pernah mengumumkan peruntukan terkumpul sebanyak RM8.654 bilion untuk memerangi penyalahgunaan dadah, namun insiden terbaru ini menunjukkan ia seolah-olah tidak memberi bekas.
Negara kini dilapor mempunyai seramai 63,884 penagih dadah.
Farkhan turut mempersoalkan sama ada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menguatkuasakan Garis Panduan Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dalam penganjuran konsert tersebut.
"Adakah pihak kementerian dan penganjur mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan berkenaan?
"Pihak kami juga yakin penganjuran konsert itu bercanggah dengan Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 dan Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992," ujarnya.
Sehubungan itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kementerian memberikan penjelasan sekaligus memberikan justifikasi mengapa 'pesta liar' dibenarkan berlangsung di saat negara berhadapan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370. HD
EmoticonEmoticon