Showing posts with label PRK Kajang. Show all posts
Showing posts with label PRK Kajang. Show all posts

Friday, 7 February 2014

PRK Kajang: Lucu jika saya sabotaj diri sendiri - Khalid

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya akan berlaku sabotaj dari pihaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sebagai tuduhan yang melucukan.

Menepis tomahan itu, Khalid berkata ianya sesuatu yang tidak masuk akal kerana beliau selaku pengarah pilihan raya yang dilantik PKR bagi pilihan raya kecil itu, tentunya mahu Anwar selaku calon, menang.

"Macam mana kata saya sabotaj. Saya pengarah PRK Kajang, kalau macam itu saya sabotaj diri saya sendiri. Itu pasti suatu yang lucu," katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media di Bangunan SUK hari ini.

Unsur sabotaj itu dikatakan berkaitan dengan tindakan pemecatan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holding yang dianggap tidak kena pada masanya ketika PRK DUN Kajang bakal diadakan.

Abdul Khalid bagaimanapun mempertahankan keputusan pemecatan tersebut sebagai mengikut polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Tidak kena pada masa atau tidak bukan isu, menguruskan korporat mesti dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.

"Cuma malangnya, masanya adalah sekarang dan keputusan perlu dibuat sekarang," katanya.----HD

Tuesday, 4 February 2014

PRK Kajang: PAS jadi jentera pembantu paling kuat

KUALA LUMPUR: PAS akan turun sebagai jentera pembantu paling kuat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang bagi memastikan Pakatan Rakyat menang, selaras dengan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Mohd Ramli, berkata semua jentera parti di setiap peringkat dan negeri-negeri akan bergerak semaksima mungkin, khususnya jentera PAS Selangor bagi memenangkan calon PKR di Dun Kajang.

"Kita sokong dan sememangnya memberikan komitmen untuk membantu semaksima mungkin sepanjang kempen PRK ini. Saya nasihatkan semua jentera di peringkat dewan-dewan dan juga negeri-negeri untuk turun membantu dan mengikut perancangan yang diatur," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Selain itu, Dr. Hatta yang turut dilantik sebagai pengarah pilihan raya bagi PRK itu turut mengingatkan jentera parti membantu selagi boleh untuk PRK ini, sama ada dari bentuk kewangan, buah fikiran, kerja-kerja kempen dan sebagainya bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Katanya, beliau akan membentuk satu jawatankuasa pilihan raya di peringkat pusat, selain satu jawatankuasa di peringkat negeri yang akan dikendalikan dari kalangan PAS Selangor.

Pada 27 Jan lalu, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan.

Dun itu mempunyai 38,965 pemilih, merangkumi 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan 10 peratus India. 

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.----HD

Artikel Pilihan

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my