Tuesday, 29 January 2013

Mengeksploitasi Laman Video Youtube Untuk Promosi Produk - Buat Duit Dengan Youtube





"Ketahui Cara Praktikal Mengeksploitasi Laman Video Youtube Untuk Promosi Produk Atau Program Internet Anda!"
"Manual Dan Video Tutorial Langkah-Demi-Langkah Disediakan Kepada Anda Dengan Jelas"


Tapi... tahukah anda? Pada masa yang sama ramai individu bijak telah mengeksploitasikan Youtube untuk mengiklan dan menjenamakan produk dan diri mereka - seterusnya mengaut keuntungan daripadanya.

Dan Youtube benarkan mereka berbuat demikian... dengan gembiranya.

Saya pasti sudah ada yang tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda di Youtube tetapi berdasarkan maklumbalas, terlalu ramai lagi yang inginkan sebuah panduan asas mempromosikan produk di Youtube.

Monday, 28 January 2013

Rintis Jalan Pintas Bina Mailing List -Sistem Pemasaran AutoViral Platinum





 



 Buat apa nak cemburu bila tak dapat bersaing dengan usahawan internet lain disebabkan anda tiada “mailing list” sendiri kerana sekarang anda pun mampu melakukannya…

AKHIRNYA... Rintis Jalan Pintas, Bina “Mailing List” Anda Dengan Sistem Pemasaran AutoViral Platinum Video Tip Affiliate Percutian Australia – Dan Percepatkan Proses Buat Duit Di Internet Anda Dengan “Pemasaran Email” Unik Ini!


(Bina Aset Berharga Untuk Bisnes Internet Anda Dengan Sistem Yang Telah Terbukti Berkesan Menjana Ribuan Subscriber Dan Juga RM Bling-Bling!).
http://bit.ly/cdauidiofree

 

Monday, 7 January 2013

Kontroversi Melariskan Jualan




  Kontroversi Melariskan Jualan
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2012 ZamriNanyan.com Pernah tak anda tengok di kaca televisyen sesetengah artis mendapat perhatian & liputan yang lebih besar semata-mata kerana gosip dan cerita yang belum tentu lagi benar atau auta?
Pasti pernah, bukan?
Ada sesetengah artis dilihat seperti sengaja mencipta kontroversi.
Maka selalulah kita dengar berita tentang artis-artis tersebut.
Tetapi pernah tak terfikir bahawa ini adalah salah satu lagi cabang pemasaran sebenarnya?
Tak kiralah kontroversi yang dicipta tersebut negatif atau positif tetapi yang pastinya ia memberikan kesan kepada artis tersebut dan seterusnya menaikkan nama beliau.
Apa natijahnya?
Bergantung kepada motif kontroversi tersebut dicipta.
Jika ianya adalah untuk menaikkan jualan album atau sesebuah filem, potensi jualan yang lebih besar akan terhasil.
Ini meningkatkan lagi pendapatan artis tersebut.
Mudah dan “viral”!
Jika dilihat dari segi menjual produk di internet pula, ternyata produk yang mempunyai kontroversi juga melalui proses yang sama.
Semakin kontroversi sesebuah produk tersebut, semakin ramai orang akan memperkatakan tentangnya.
Ambil contoh ebook Rahsia Bisnes Kerajaan.
http://bit.ly/BisnesKerajaan
Pada awal lagi saya katakan yang ianya adalah sebuah ebook yang kontroversi kerana apa yang diajar di dalam ebook tersebut ada “grey area” atau “loophole” di dalam mendapatkan bisnes kerajaan.
Apa yang diajar amat efektif tetapi cara yang diajar di dalam ebook tersebut mungkin tidak mengikut buku teks.
Usahawan dan peniaga tegar tahu bahawa di dalam sesetengah situasi, cara di luar buku teks amat diperlukan.
Contohnya, jika anda belum ada premis perniagaan untuk menawarkan bisnes kepada kerajaan, anda boleh gunakan ______ (tak dapat saya dedahkan di sini sekarang).
Jadi _____ (tempat kosong) yang saya berikan di atas adalah pelaris ebook kontroversi seperi Rahsia Bisnes Kerajaan.
Sekarang, saya tak pasti bila anda terjumpa artikel ini dan sekiranya anda lawati laman web yang saya berikan di atas dan jualan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan sudah ditutup, ini adalah satu lagi strategi pemasaran sesebuah produk, tapi biarlah saya huraikan strategi ini pada hari lain.
Namun, ebook Rahsia Bisnes Kerajaan memang pernah ditutup selama sehari disebabkan MOF ingin menyiasat kandungan ebook ini.

Di dalam sehari penutupan ebook ini sahaja telah membuatkan ramai prospek bertanyakan “bila ebook ini akan dijual lagi”.
Sekali lagi kontroversi membuktikan bahawa ianya memainkan peranan penting di dalam melariskan jualan.
Lakukannya di dalam pemasaran anda.
Namun, satu sahaja pandangan peribadi saya.
Jangan mengada-adakan kontroversi yang tak wujud dan biarlah kontroversi yang dicipta dapat menaikkan lagi kredibiliti dan juga nama baik anda, bukannya sekadar menaikkan jualan semata-mata.
Kepada yang belum mendapatkan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan, jangan lupa lihat tawarannya dan ambil tindakan sebelum 22 Disember ini.
Katanya jualan akan ditutup selepas 22 Disember 2012 dan jika ini benar dan anda terlewat buat pesanan, saya memang tak dapat menolong anda.
Dapatkan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan di http://bit.ly/BisnesKerajaan

 

Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet dan juga menghasilkan pendapatan melalui email. Sistem Pemasaran EMail AutoViral Percutian Australia adalah salah satu contoh bagaimana beliau menggunakan kaedah pemasaran email untuk menghasilkan pendapatan berulang di internet dan anda boleh lawati http://bit.ly/cdauidiofree untuk maklumat lanjut.
Enhanced by Zemanta

Thursday, 3 January 2013

Bagaimana Sistem Lengkap Pemasaran Email Autoviral “Percutian Australia” Dapat Membantu Anda


Bagaimana Sistem Lengkap Pemasaran Email Autoviral “Percutian Australia” Dapat Membantu Anda
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2012 ZamriNanyan.com

Pemasaran Email merupakan satu kaedah pemasaran yang amat berkesan.
Bagi yang belum arif tentang pemasaran email, ianya bermaksud menghantar email kepada ribuan pengikut anda yang telahpun bersetuju untuk menerima email daripada anda. Lebih banyak email yang anda kumpul untuk sasaran bisnes anda, lebih besar peluang untuk anda menjana pendapatan lumayan.
Saya telah praktik pemasaran email semenjak hari pertama saya menceburi perniagaan internet pada awal tahun 2003 sehinggalah sekarang. Maknanya sudah 10 tahun saya menggunakan email sebagai medium pemasaran saya di internet dan ianya masih lagi berkesan, setiap masa. Jadi, tidakkah ianya memberi anda “pembayang” kenapa anda perlu ada pemasaran email di dalam perniagaan anda?
Tidakkah ini satu rahsia kejayaan pemasaran internet yang telah saya bocorkan untuk anda?
Walaubagaimanapun, bukan semua orang pakar di dalam menyusun strategi pemasaran email ini. Lihatlah apa yang diperlukan sebelum anda mula membina mailing list anda sendiri:
1. mempunyai autoresponder profesional yang boleh menampung database email sebanyak puluhan dan ratusan ribu email.
2. mempunyai “squeeze page” menarik dan berkesan untuk mengumpul email.
3. mempunyai barisan minimum 7 email “follow-up” yang ditulis dengan sempurna untuk dimasukkan ke dalam autoresponder.
4. mempunyai tawaran produk untuk dimasukkan ke dalam 7 email tersebut yang bakal menghasilkan pendapatan pasif.
5. mempunyai sistem yang lengkap (dan anjal) untuk mengumpul email, membina kredibiliti dan menjana pendapatan pada masa yang sama.
Ini baru permulaan sahaja dan selepas itu anda perlu mempromosikan “squeeze page” anda untuk menarik minat pelawat ke laman web anda memberikan anda email mereka.

Apa itu “squeeze page”?
Secara ringkasnya, “squeeze page” adalah laman web yang khusus untuk mengumpul email pelawat. Tiada lain yang dilakukan oleh laman web ini melainkan meminta pelawat memberi email mereka.
Lihat contoh “squeeze page” yang saya maksudkan di bawah:
Laman web ini tiada tujuan lain melainkan meminta nama dan email pelawat, bukan? Ianya cuma ada sedikit info dan sebuah borang langganan.
Bermula daripada email inilah segala aksi pemasaran dan operasi bisnes anda dijalankan. Ianya menjadi lebih rumit selepas ini. :-)
Sekarang, saya rasa anda faham serba sedikit tentang “squeeze page” ini tetapi apa pula autoresponder yang dimaksudkan di atas, 7 email “follow-up”, tawaran produk dan sistem yang lengkap?
Saya ringkaskan penerangan untuk persoalan di atas.
1. “Squeeze page” anda mempunyai borang untuk mengumpul email pelawat, dan borang untuk mengumpul pelawat ini diperolehi daripada kod yang dihasilkan oleh autoresponder. Autoresponder yang digunakan di dalam “squeeze page” di atas pula ialah Getresponse.
2. Selepas pelawat meninggalkan email mereka di dalam borang langganan yang terdapat di dalam “squeeze page” anda, email ini dimasukkan ke dalam database autoresponder yang saya maksudkan di atas.
3. Autoresponder ini pula akan mula menghantar email kepada pelawat “squeeze page” anda ini secara automatik dan berkala. Inilah datangnya 7 email “follow-up” yang saya maksudkan, di mana email ini ditulis lebih awal dan dimasukkan ke dalam kempen pemasaran email di dalam autoresponder anda. Kenapa minimum 7 email? Kerana mengikut kajian, pembelian akan terhasil selepas 7 susulan dilakukan. Jika ada lebih daripada 7 email, lebih baik.
Sekarang pelawat “squeeze page” anda akan mula menerima email anda tetapi email bagaimanakah yang perlu ditulis dan diprogramkan ke dalam autoresponder, dan seterusnya dihantar kepada mereka?
Jawapannya ialah email yang membina kredibiliti, kepercayaan dan semestinya mempunyai tawaran untuk pembelian. Jika anda tiada produk sendiri, anda boleh menjadi agen jualan produk orang lain dan mengaut keuntungan berdasarkan komisyen jualan. Melalui email inilah anda perkenalkan produk yang menghasilkan pendapatan untuk anda. Ianya dinamakan pendapatan “affiliate” atau pendapatan melalui komisyen jualan produk orang lain. Ramai yang memulakan bisnes internet menggunakan kaedah ini, termasuk juga saya.
Inilah proses yang melengkapkan keseluruhan sistem mengumpul dan menjana pendapatan “affiliate” secara pasif (dan mungkin berulang).
Sekiranya dilihat kepada keseluruhan perlaksanaan kempen pemasaran email ini, pasti ada yang takut untuk memulakannya.
Jadi, tak hairan kenapa saya lihat ramai yang tahu tentang perkara ini, tentang keberkesanan pemasaran email tetapi masih lagi tak mahu melakukannya. Mereka takut untuk melalui keseluruhan proses di atas dan juga merasakan yang ianya mungkin melibatkan kos yang tinggi.
Memang ianya melibatkan kos dan banyak kemahiran untuk merealisasikan sebuah kempen pemasaran email yang berkesan.

Itulah sebabnya saya cipta “Sistem Lengkap Pemasaran Email Autoviral Percutian Australia” untuk anda.
Ianya sebuah sistem yang memberikan jalan pintas untuk anda menyelesaikan segala masalah kekurangan bajet, kekurangan kepakaran dan kekurangaan idea mantap untuk memulakannya. Anda boleh terus gunakan sistem yang saya sediakan untuk anda ini dan promosi sahaja “squeeze page” anda untuk membina senarai email anda dan juga pendapatan affiliate pada masa akan datang.
Bayangkan:
1. anda telah pun ada “squeeze page” yang cantik, berkualiti dan berkesan.
2. bila anda promosikan “squeeze page” anda ini, email pelawat akan masuk ke dalam akaun autoresponder anda sendiri (bukan autoresponder saya) di mana pelawat ini akan menerima 14 email follow-up (bukan 7 email) yang seterusnya menghasilkan pendapatan affiliate untuk anda secara pasif.
3. bukan setakat itu sahaja, pendapatan affiliate ini akan berikan komisyen pasif dan berulang. Buat kerja sekali, anda dapat hasil pendapatan berkali-kali.
Keseluruhan sistem ini dipasang untuk anda dan anda boleh melihat atau mencuba sendiri melalui pengalaman menggunakan sistem ini sebagai “orang luar” dengan mengisi nama dan email anda di http://tinyurl.com/cutisantai-australia4u 
Sistem ini tersedia untuk anda sebagaimana puluhan lagi ahli lain yang sedang menggunakan sistem ini untuk mengumpul email mereka.
Sebagai ahli, tugas anda selepas itu ialah cuma promosikan “squeeze page” unik yang diberikan kepada anda dan jika anda perasan, saya sendiri pun sedang mempromosikan sistem ini bagi pihak anda sekarang (dengan memberikan link http://tinyurl.com/cutisantai-australia4u di dalam artikel ini)
Sebagai “benefit” tambahan pula, disebabkan sistem ini menggunakan akaun autorespoder anda sendiri, terpulang kepada anda untuk melakukan apa sahaja yang anda kehendaki dengan email yang telah anda kumpul. Anda tak rugi apa-apa.
1. anda boleh ajak mereka lawat ke laman web anda yang lain, lawat laman Facebook anda atau lihat “post” anda di forum.
2. anda boleh email promosi produk anda sendiri kepada mereka.
3. email apa sahaja.
Email yang dikumpul adalah milik anda. Saya cuma sediakan satu sistem yang telah terbukti berkesan untuk membantu anda mendapatkan “squeeze page” dan sistem lengkap sebuah pemasaran email.
Pada masa ini, anda sebenarnya telahpun mempunyai kelebihan yang sama dengan usahawan internet yang telah berjaya mengumpul email bagi tujuan menghasilkan pendapatan di internet. Saya sendiri menggunakan sistem ini dan sekarang saya berikan sistem yang sama kepada anda.
Syaratnya, anda cuma perlu ada akaun Getresponse dan laburkan cuma kurang daripada RM0.55 sehari atau bersamaan RM199 untuk tahun pertama untuk menggunakan sistem ini.
Tak tahulah jika anda boleh dapat tawaran sebegini istimewa di luar sana. Setahu saya, sistem ini amat unik dan tiada siapa lagi yang memilikinya. Kini anda berpeluang mengumpul email sama seperti yang saya lakukan.
Jom, ambil tawaran ini sementara kuota masih ada. Klik link di bawah dan lakukan pesanan. Pelbagai bonus istimewa yang lain juga ditawarkan kepada anda yang bertindak pantas.
http://tinyurl.com/cutisantai-australia4u 
 

terima kasih,
Zamri Nanyan
PS. Sistem Lengkap Pemasaran Autoviral “Percutian Australia” ialah sebuah sistem pemasaran email 7-dalam-1. Inilah sistem Pemasaran Email yang canggih dan berkesan, mengandungi (1) squeeze page canggih dan “power” (2) 14 email follow-up profesional (3) mengumpul email ke dalam autoresponder sendiri (4) menghasilkan “affiliate recurring & passive income” (5) memberikan “multiple streams of income” (6) leverage dari jenama yang kukuh (7) cuma signup dan promosi sahaja – semuanya dalam satu sistem yang unik & canggih, tiada lagi dalam pasaran, GERENTI!
PPS. Cuba sistem ini dengan 30-hari jaminan pulangan semula wang anda.
http://tinyurl.com/cutisantai-australia4u 

  PPPS. ingin menghasilkan RM5 dengan hanya meletakkan artikel ini di blog anda? Sila hubungi saya di http://www.zamrinanyan.com/success/contact
===============================================

================================================

Wednesday, 19 December 2012

Kepentingan Memiliki USP Perniagaan



Pernahkah anda mendengar terma “Unique Selling Proposition” (USP)? USP ialah sesuatu yang membezakan anda daripada pesaing-pesaing anda di luar sana. Ia boleh dalam bentuk satu moto khas yang menggambarkan kepakaran anda, atau gambaran yang memberikan kepuasan kepada pelanggan, ataupun persepsi pelanggan semata-mata apabila nama perniagaan anda disebut. Walau apapun USP perniagaan anda, anda harus fokus untuk menunjukkan bahawa perniagaan anda akan menguntungkan pelanggan anda. Ia merupakan strategi penjenamaan yang amat baik.
Sebagai contoh, USP untuk produk syarikat pengeluar roti Gardenia adalah “Sungguh enak dimakan begitu saja” yang menunjukkan rasa roti ini sendiri sudah enak dan tidak perlu ditambah dengan rasa jem atau rasa tambahan lain. Dari perspektif pengguna, sekiranya diberi pilihan antara roti Gardenia dan roti berjenama XYZ, besar kemungkinan mereka akan memilih roti Gardenia berbanding roti berjenama XYZ itu tadi atas dasar penjenamaan USP yang dimiliki oleh syarikat roti Gardenia.
Tahukah anda bahawa setiap perniagaan disarankan untuk mempunyai USP tersendiri sebagai satu strategi penjenamaan yang efektif? Mari kita lihat apakah kelebihan-kelebihan mempunyai USP dalam perniagaan Internet anda.
1. Anda lebih menonjol berbanding pesaing-pesaing anda
Dengan hanya memiliki USP, anda sudah tergolong dalam kumpulan kecil yang mengambil satu langkah lebih hampir untuk menarik perhatian prospek pelanggan anda. Dengan memiliki USP yang unik dan lain daripada pesaing-pesaing anda, sudah tentu anda akan lebih menonjol di dalam bidang perniagaan anda.
2. Meningkatkan potensi pelanggan memilih anda berbanding pesaing anda
Sekiranya diberi pilihan antara produk anda yang mempunyai USP dengan produk usahawan lain yang tidak mempunyai USP, pelanggan akan terdorong untuk memilih produk anda berbanding produk yang satu lagi tadi. Ini ialah satu aspek psikologi untuk memujuk pelanggan anda secara halus untuk membeli produk anda berbanding produk lain di pasaran.
3. Anda mempunyai penjenamaan yang kukuh dalam jangka masa panjang
Oleh kerana fokus anda adalah untuk menapak dari segi penjenamaan yang kukuh untuk menjana keuntungan dalam perniagaan anda, sudah tentu anda akan mengambil langkah bijak untuk memperkenalkan USP anda kepada prospek pelanggan anda. Dalam jangka panjang, pelanggan akan menghargai anda sebagai usahawan berjaya atas dasar USP anda.
Anda jangan pula kecewa sekiranya anda tidak mempunyai USP anda sendiri. Kenapa tidak hasilkan USP anda sekarang? Ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Untuk memberikan idea bagaimana mendapatkan USP yang sesuai untuk perniagaan Internet anda, anda boleh lakukan sedikit checklist seperti berikut:
1. Apakah jenis perniagaan anda?
Anda perlu kaji jenis dan kekuatan perniagaan anda, adakah ia perkhidmatan membina laman web, percetakan, menjual barangan secara dropship, suntingan kerja penulisan dan sebagainya.
2. Bagaimana anda menjalankan perniagaan anda?
Kemudian anda perlu kaji cara anda menjalankan perniagaan anda, adakah ia secara online atau offline, ataupun keduanya sekali, adakah anda menerima tempahan 24 jam sehari atau waktu bekerja sahaja, ataupun secara bermusim (seperti perniagaan kuih raya di musim perayaan).
3. Apakah kelebihan dan kekurangan anda? 
Anda juga perlu senaraikan apakah kelebihan yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan anda, seperti hadiah bonus dengan setiap pembelian, ataupun harga diskaun bagi pembelian seterusnya. Di samping itu, anda juga perlu senaraikan kekurangan perniagaan anda, untuk anda cuba atasi dalam usaha untuk menambat hati lebih ramai prospek pelanggan anda.
4. Apakah keinginan pelanggan-pelanggan anda?
Seterusnya anda perlu kaji apakah yang diinginkan oleh pelanggan-pelanggan anda. Ini mungkin bermaksud pelanggan anda mempunyai satu masalah tertentu, dan produk anda berpotensi menyelesaikan masalah tersebut, sudah tentu anda akan tonjolkan potensi ini untuk memenuhi keperluan pelanggan anda.
5. Apakah yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda?
 Setelah anda mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan anda sendiri, dan juga keinginan pelanggan-pelanggan, anda juga perlu mengkaji apakah yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda. Apakah kelebihan yang mereka miliki yang anda perlu usaha untuk perbaiki dalam perniagaan anda, dan apakah kekurangan mereka yang anda boleh atasi.
Hasil daripada checklist di atas anda akan jelas untuk menghasilkan USP untuk perniagaan anda yang boleh menonjolkan kelebihan anda yang memenuhi keinginan pelanggan dan kelebihan ini tidak ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda. Sudah tentu pelanggan akan condong untuk memilih anda berbanding orang lain.
Selamat mencuba!

Tuesday, 18 December 2012

Kepentingan Mentor Untuk Usahawan Internet



Sekiranya anda baru sahaja menceburkan diri dalam bidang keusahawanan Internet, anda memerlukan tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya. Sudah tentu anda boleh menghabiskan masa untuk mendalami ilmu-ilmu berkenaan keusahawanan Internet, membeli produk dan kursus yang melatih anda untuk berjaya. Namun pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan seorang mentor untuk anda ikuti jejak langkah kejayaan beliau?
Sebenarnya, dengan cara memiliki mentor untuk perniagaan anda akan memberikan beberapa kelebihan. Mari kita lihat satu per satu kelebihan-kelebihan tersebut.
1. Belajar dari ilmu dan pengalaman mentor
Oleh kerana mentor lazimnya adalah seorang yang lebih lama berada dalam dunia perniagaan Internet, sudah tentu mereka mempunyai ilmu dan pengalaman masing-masing. Sebagai mentee, anda boleh belajar dari ilmu mentor anda bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan dalam niche pilihan anda, di samping mempelajari daripada pengalaman mentor anda. Apakah yang telah dilaluinya untuk mencapai posisi beliau sekarang? Apakah kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini yang sudah tentu anda perlu elakkan dalam perniagaan anda sendiri? Semua persoalan ini boleh dijawab oleh mentor anda.
2. Tunjuk ajar dan nasihat untuk memperbaiki diri sendiri
Anda juga boleh memanfaatkan tunjuk ajar dan nasihat mentor anda bagi tujuan memperbaiki diri anda sendiri sebagai seorang usahawan Internet. Dengan mendengar dan melihat rutin mentor, anda akan mempunyai gambaran bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya.
3. Berkongsi sumber-sumber yang digunakan oleh mentor
Sekiranya anda beruntung, mentor anda akan mendedahkan sumber-sumber yang beliau sendiri gunakan untuk perniagaan beliau, seperti perkhidmatan penulisan ebook, rekaan grafik, penulisan auresponder, percetakan dan sebagainya. Dengan cara ini, anda tidak perlu meneliti satu persatu produk atau perkhidmatan yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Sebaliknya, mentor anda telahpun menyaring sumber-sumber ini kerana kecekapan mereka dan rekod perkhidmatan yang memuaskan, dan anda cuma perlu menggunakan sahaja sumber-sumber ini.
4. Asas yang baik untuk rangkaian jangka panjang
Dengan memiliki mentor, anda sebenarnya meletakkan asas yang baik untuk rangkaian perniagaan anda pada jangka masa panjang. Ini adalah kerana mentor anda telah lebih lama berkecimpung dalam perniagaan Internet, beliau telahpun membina rangkaian yang kukuh untuk perniagaan beliau. Sebagai anak murid beliau, anda sebenarnya mengambil jalan singkat untuk mencelah masuk ke dalam rangkaian mentor anda tadi.
Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan mempunyai mentor untuk perniagaan anda, mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah untuk memilih mentor yang sesuai untuk anda? Berikut diberikan beberapa tip untuk anda aplikasikan.
1. Dapatkan pandangan rakan-rakan usahawan
Sudah tentu tip yang paling asas adalah dengan bertanyakan pandangan rakan-rakan usahawan yang lain. Terdapat beberapa medium Facebook, Twitter dan forum yang anda boleh bertanyakan pandangan tersebut. Sebagai orang baru, anda tidak perlu segan silu bertanya. Dan biasanya, anda akan mendapat maklum balas yang memuaskan daripada rakan-rakan usahawan anda yang telahpun melalui proses mentoring sebelum ini dan mereka mungkin mencadangkan beberapa orang prospek mentor yang anda boleh pertimbangkan.
2. Mentor yang sesuai dengan keperluan anda
Anda boleh gariskan kekurangan diri dan perniagaan anda dan senaraikan beberapa prospek mentor untuk dipertimbangkan. Pilihlah mentor yang sesuai dengan keperluan anda. Seorang usahawan paling terkemuka di dunia besar kemungkinan bukan prospek mentor yang terbaik untuk anda kerana mungkin ilmu dan pengalaman mereka sudah mencapai tahap paling tinggi, dan tidak bersesuaian untuk orang baru seperti anda.
3. Perhatikan kaedah komunikasi dengan mentor
Semak kaedah komunikasi dengan mentor, adakah anda diberikan peluang bersua muka dengan mentor anda, atau sekadar online chat sekali setiap minggu, ataupun komunikasi melalui emel sahaja dan terhad kepada satu emel setiap bulan? Sudah tentu anda inginkan seorang mentor yang boleh kerap berkomunikasi dengan anda bagi memenuhi keperluan perniagaan Internet anda.
4. Kelaziman anda boleh mendapatkan khidmat mentoring
Tip seterusnya adalah berapa lazim anda boleh mendapatkan khidmat mentoring daripada mentor anda, selain daripada kaedah komunikasi yang telah ditetapkan. Anda mungkin berdepan dengan situasi yang memerlukan khidmat nasihat segera daripada mentor anda, dan anda perlu yakin bahawa mentor anda sedia mendengar masalah anda untuk perbincangan dan nasihat penyelesaian.
Itulah dia perkongsian ringkas mengenai kelebihan-kelebihan mentoring untuk seorang usahawan Internet seperti anda, dan beberapa tip ringkas bagaimana untuk memilih mentor yang sesuai dengan keperluan anda.

Artikel Pilihan

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my