Pernahkah anda mendengar terma “Unique Selling Proposition” (USP)? USP
ialah sesuatu yang membezakan anda daripada pesaing-pesaing anda di luar sana.
Ia boleh dalam bentuk satu moto khas yang menggambarkan kepakaran anda, atau
gambaran yang memberikan kepuasan kepada pelanggan, ataupun persepsi pelanggan
semata-mata apabila nama perniagaan anda disebut. Walau apapun USP perniagaan
anda, anda harus fokus untuk menunjukkan bahawa perniagaan anda akan
menguntungkan pelanggan anda. Ia merupakan strategi penjenamaan yang amat baik.
Sebagai contoh, USP untuk produk syarikat pengeluar roti Gardenia
adalah “Sungguh enak dimakan begitu saja” yang menunjukkan rasa roti ini
sendiri sudah enak dan tidak perlu ditambah dengan rasa jem atau rasa tambahan
lain. Dari perspektif pengguna, sekiranya diberi pilihan antara roti Gardenia
dan roti berjenama XYZ, besar kemungkinan mereka akan memilih roti Gardenia
berbanding roti berjenama XYZ itu tadi atas dasar penjenamaan USP yang dimiliki
oleh syarikat roti Gardenia.
Tahukah anda bahawa setiap perniagaan disarankan untuk mempunyai USP
tersendiri sebagai satu strategi penjenamaan yang efektif? Mari kita lihat
apakah kelebihan-kelebihan mempunyai USP dalam perniagaan Internet anda.
1. Anda lebih menonjol
berbanding pesaing-pesaing anda
Dengan hanya memiliki USP, anda sudah tergolong dalam kumpulan kecil
yang mengambil satu langkah lebih hampir untuk menarik perhatian prospek
pelanggan anda. Dengan memiliki USP yang unik dan lain daripada pesaing-pesaing
anda, sudah tentu anda akan lebih menonjol di dalam bidang perniagaan anda.
2. Meningkatkan potensi
pelanggan memilih anda berbanding pesaing anda
Sekiranya diberi pilihan antara produk anda yang mempunyai USP
dengan produk usahawan lain yang tidak mempunyai USP, pelanggan akan terdorong
untuk memilih produk anda berbanding produk yang satu lagi tadi. Ini ialah satu
aspek psikologi untuk memujuk pelanggan anda secara halus untuk membeli produk
anda berbanding produk lain di pasaran.
3. Anda mempunyai
penjenamaan yang kukuh dalam jangka masa panjang
Oleh kerana fokus anda adalah untuk menapak dari segi penjenamaan
yang kukuh untuk menjana keuntungan dalam perniagaan anda, sudah tentu anda
akan mengambil langkah bijak untuk memperkenalkan USP anda kepada prospek
pelanggan anda. Dalam jangka panjang, pelanggan akan menghargai anda sebagai
usahawan berjaya atas dasar USP anda.
Anda jangan pula kecewa sekiranya anda tidak mempunyai USP anda
sendiri. Kenapa tidak hasilkan USP anda sekarang? Ia tidaklah sesukar yang anda
sangkakan. Untuk memberikan idea bagaimana mendapatkan USP yang sesuai untuk
perniagaan Internet anda, anda boleh lakukan sedikit checklist seperti berikut:
1. Apakah jenis perniagaan
anda?
Anda perlu kaji jenis dan kekuatan perniagaan anda, adakah ia perkhidmatan
membina laman web, percetakan, menjual barangan secara dropship, suntingan
kerja penulisan dan sebagainya.
2. Bagaimana anda
menjalankan perniagaan anda?
Kemudian anda perlu kaji cara anda menjalankan perniagaan anda,
adakah ia secara online atau offline, ataupun keduanya sekali, adakah anda
menerima tempahan 24 jam sehari atau waktu bekerja sahaja, ataupun secara
bermusim (seperti perniagaan kuih raya di musim perayaan).
3. Apakah kelebihan dan
kekurangan anda?
Anda juga perlu senaraikan apakah kelebihan yang anda boleh tawarkan
kepada pelanggan anda, seperti hadiah bonus dengan setiap pembelian, ataupun
harga diskaun bagi pembelian seterusnya. Di samping itu, anda juga perlu
senaraikan kekurangan perniagaan anda, untuk anda cuba atasi dalam usaha untuk
menambat hati lebih ramai prospek pelanggan anda.
4. Apakah keinginan
pelanggan-pelanggan anda?
Seterusnya anda perlu kaji apakah yang diinginkan oleh
pelanggan-pelanggan anda. Ini mungkin bermaksud pelanggan anda mempunyai satu masalah
tertentu, dan produk anda berpotensi menyelesaikan masalah tersebut, sudah
tentu anda akan tonjolkan potensi ini untuk memenuhi keperluan pelanggan anda.
5. Apakah yang ditawarkan
oleh pesaing-pesaing anda?
Setelah anda mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan anda sendiri, dan juga keinginan pelanggan-pelanggan, anda juga perlu mengkaji apakah yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda. Apakah kelebihan yang mereka miliki yang anda perlu usaha untuk perbaiki dalam perniagaan anda, dan apakah kekurangan mereka yang anda boleh atasi.
Setelah anda mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan anda sendiri, dan juga keinginan pelanggan-pelanggan, anda juga perlu mengkaji apakah yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing anda. Apakah kelebihan yang mereka miliki yang anda perlu usaha untuk perbaiki dalam perniagaan anda, dan apakah kekurangan mereka yang anda boleh atasi.
Hasil daripada checklist di atas anda akan jelas untuk menghasilkan
USP untuk perniagaan anda yang boleh menonjolkan kelebihan anda yang memenuhi
keinginan pelanggan dan kelebihan ini tidak ditawarkan oleh pesaing-pesaing
anda. Sudah tentu pelanggan akan condong untuk memilih anda berbanding orang
lain.
Selamat mencuba!
EmoticonEmoticon