facebook (Photo credit: sitmonkeysupreme) |
Laman Facebook ialah satu alat yang bernilai untuk perniagaan anda,
terutamanya jika anda menggunakannya sepenuhnya. Sekiranya anda menggunakan
laman Facebook dengan betul, ia boleh membantu membawa trafik yang khusus dan
meningkatkan jualan anda. Selain itu, laman Facebook juga boleh membantu
meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet dan pada masa
yang sama membina penjenamaan anda untuk jangkamasa panjang.
Tapi bagaimana untuk meningkatkan jumlah peminat anda? Bagaimana
untuk mendapatkan mereka menekan butang 'Like' itu?
Terdapat pelbagai strategi berkesan yang boleh anda lakukan untuk
meningkatkan jumlah peminat anda di portal Facebook. Di antaranya adalah anda
boleh menganjurkan peraduan, berkongsi kisah, mengadakan aktiviti penghargaan
pelanggan, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian
peminat-peminat anda, dan menggalakkan mereka untuk membawa orang lain ke laman
Facebook anda.
Mari kita lihat 4 tip mudah yang anda boleh gunakan untuk
meningkatkan senarai peminat laman Facebook anda:
1. Minta bantuan daripada
kawan-kawan anda
Memulakan laman Facebook adalah mudah. Mendapatkan orang untuk
sukakannya dengan menekan butang 'Like' di peringkat awal mungkin agak sukar.
Jangan takut meminta bantuan kawan-kawan anda untuk menyokong laman Facebook anda.
Minta bantuan mereka untuk turut serta dalam perbincangan di laman anda, dan
lakukan perkara yang sama untuk mereka atau berikan mereka publisiti dalam
bentuk lain. Lebih mudah untuk meminta bantuan kawan-kawan anda dan anda tidak
perlu risau dituduh melakukan 'spamming'. Sekiranya mereka merupakan sahabat
sebenar anda, sudah pasti mereka tidak akan keberatan untuk membantu anda.
2. Gunakan sepenuhnya fungsi
'Acknowledgment' dan 'Tagging'
Fungsi 'tagging' dalam status ialah satu alat membina rangkaian yang
amat hebat dan ia boleh digunakan untuk mendapatkan trafik baru ke laman
Facebook anda. Jangan takut untuk melakukan 'tag' kepada seorang penulis atau
laman Facebook lain yang amat popular untuk mendapatkan perhatian. Namun,
lakukan ini jika anda mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya. Jika
tidak, anda dengan mudah boleh dituduh sebagai melakukan spamming.
3. Pastikan anda turut serta di luar laman
Facebook anda
Lakukan fungsi carian dan direktori Facebook untuk membantu anda
mencari laman Facebook lain dalam niche anda. Kemudian cari pula ruang
perbincangan lain yang berkaitan yang anda boleh turut serta. Ini adalah cara
yang hebat untuk mendapatkan peminat baru ke laman anda. Jika mereka mempunyai
minat yang sama seperti anda, sudah pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk
menjadi sahabat dan melakukan Like pada laman Facebook anda.
4. Kerjasama dengan
pemilik laman Facebook yang lain untuk mengadakan upacara istimewa
Anda boleh berkerjasama dengan pemilik laman yang lain untuk
mengadakan upacara istimewa yang boleh menguntungkan peminat-peminat daripada
kesemua laman yang terlibat, dan pada masa yang sama mendapatkan pelawat baru
yang boleh sukakan laman anda dan menjadi peminat anda. Sebagai contoh, anda
boleh menjadualkan sidang konferens secara online yang mengajar pengguna baru
bagaimana untuk membina laman Facebook yang berjaya. Ini akan membawa pelawat
baru ke semua laman yang turut serta dan mereka boleh menjadi peminat baru
anda. Namun anda perlu pastikan kesemua laman Facebook yang anda lakukan
kerjasama itu adalah dalam pasaran niche yang sama atau berkait dengan laman
anda. Tambahan lagi, upacara yang anda rancang dengan pemilik laman lain
perlulah mempunyai kaitan dengan kesemua laman anda.
Itulah dia 4 tip mudah untuk membantu anda meningkatkan jumlah 'Like'
dan senarai peminat anda di portal Facebook.
EmoticonEmoticon