Sama seperti mana-mana rangkaian portal sosial lain yang menawarkan
beberapa teknik pemasaran yang membolehkan anda memperkenalkan syarikat atau
jenama anda kepada pelanggan baru seperti Facebook dan Twitter - Pinterest juga
mempunyai fungsi yang sama. Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan
untuk menggembangkan perniagaan anda. Anda seharusnya fokus untuk mendapatkan
pengiktirafan jenama untuk produk dan perkhidmatan anda, dan mendapatkan trafik
tertentu ke laman web anda. Setelah mereka tiba di laman web anda, sudah tentu
anda ingin menukarkan trafik ini kepada pelanggan anda dan mendapatkan jualan
daripada pengunjung tersebut. Jadi, mari kita mulakan. Sudahkah anda bersedia
untuk menjadi kreatif?
Pinterest ialah satu laman web sosial yang menggunakan konsep visual.
Oleh itu, perkara paling asas adalah anda perlu meletakkan kandungan berbentuk
visual di dalam ruangan Pinterest anda. Anda akan membuat papan pin dan
kemudian memaparkan kandungan visual anda yang terbaik di sana.
Secara mudahnya, konsep Pinterest adalah seperti anda sedang
mengantung satu papan tanda mengenai diri anda yang boleh dilihat oleh semua
orang yang menggunjungi portal Pinterest anda. Lebih banyak perkara yang anda
paparkan di atas “papan tanda” anda itu maka akan lebih faham pengunjung anda
tentang diri anda. Gunakan kreativiti anda untuk meletakkan nama papan tanda
tadi, jadikannya sesuatu yang menarik perhatian dan mudah diingati. Apabila
papan tanda tadi sudah dibuat, anda sudah bersedia untuk
memaparkan kandungan kepadanya.
Laman muka surat dan gambar yang anda paparkan di papan ini mestilah
lebih daripada gambar biasa. Pastikan ia sesuatu yang menarik perhatian supaya
pengunjung akan singgah untuk mengamatinya dengan lebih teliti. Paparan yang
tidak menarik sesiapapun tidak akan memberi nilai kepada perniagaan internet
anda. Ingat bahawa anda juga boleh memaparkan video, yang sebenarnya amat mudah
untuk dilakukan.
Kebanyakan daripada jenama perniagaan yang besar memberikan
perhatian kepada kehebatan pemasaran visual secara online, dan bagaimana ia
boleh menimbulkan emosi yang diinginkan daripada pengikut. Syarikat-syarikat
berjenama besar telah lama menggunakan pemasaran visual melalui iklan di
television dan majalah sejak sekian lama. Portal Pinterest ini cuma menjadikan
pemasaran visual ini lebih menarik melalui internet.
Salah satu platform yang digunakan ialah Instagram untuk iPhone atau
Android. Namun hingga kini, ia belum disediakan untuk Blackberry. Instagram
membolehkan perniagaan-perniagaan untuk menggunakan gambar sebagai sebahagian
daripada skim pemasaran dalaman mereka. Bahkan lagi, dalam beberapa tahun
sahaja Instagram telah mempunyai lebih daripada 15 juta pengguna yang telah
memuatnaik 400 juta gambar. Syarikat-syarikat seperti Starbucks dan Red Bull
mengunakan Instagram dalam pemasaran dalaman mereka. Anda perlu mengambil
kesempatan atas aplikasi yang berguna ini.
Sebenarnya Pinterest menyediakan peluang pemasaran yang amat
berkuasa. Oleh kerana Pinterest adalah laman web yang masih baru dan menggunakan konsep media sosial, ramai
yang menyedari akan laman web ini, namun tidak ramai yang menyedari bahawa ia
adalah satu alat yang mereka patut gunakan untuk memasarkan perniagaan mereka,
dan menghantar trafik tertentu kepada laman web mereka. Saya telah memberitahu
anda rahsia ini. Persoalannya sekarang, apa yang anda akan lakukan dengan
maklumat ini? Sekarang ini anda mempunyai peluang untuk menjadi antara yang
terawal menggunakannya.
Oleh itu, carilah peluang bagaimana anda boleh menggunakan portalPinterest sebagai salah satu cara untuk anda melakukan pemasaran percuma dan
berkesan untuk perniagaan internet anda.
JomAffiliate Bahasa Melayu Webinar
EmoticonEmoticon