Friday, 21 September 2012

Dirogol kaki botol


 


SIAPA menduga perkenalan singkat Salina, 23, dengan Hakim telah membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka.
Cinta yang baru berputik atas dasar suka sama suka itu sentiasa mekar tambahan mereka bekerja di sebuah kilang yang sama.
Di awal perkenalan Salina tertarik dengan sifat penyayang dan ambil berat yang ditunjukkan oleh teman lelakinya. Disebabkan terlalu mempercayai Hakim, Salina tidak langsung menaruh perasaan syak wasangka kepada kekasihnya jtu.
Tambahan, dia juga merasai kehadiran Hakim dalam perhubungan tersebut telah memberi kekuatan kepadanya untuk merasai kasih sayang insan bernama lelaki.
Ini kerana sejak ibubapanya bercerai ketika dia berumur lapan tahun, saat itu jugalah beliau kehilangan kasih sayang seorang ayah.
Ceritanya, ketika mengenali Hakim, dia tidak mengetahui teman lelakinya itu seorang pemabuk. Tambahan, dia pandai menyembunyikan sikap panas baran dari pengetahuan Salina.
"Saya terpikat dengan sikapnya yang penyayang dan mengambil berat. Apabila saya mempunyai masalah di tempat kerja mahupun di rumah dialah menjadi tempat saya meluahkan rasa," katanya.
Salina berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan peristiwa hitam dirogol teman lelakinya itu yang mana ia telah mengubah seluruh hidupnya.
"Pada hari kejadian kami berdua bekerja syif malam. Selalunya, apabila habis kerja kami akan berjumpa di bilik rehat yang terletak di bahagian belakang kilang.
"Namun, pada malam tersebut segalanya telah berubah. Ketika kami berjumpa, Hakim dalam keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal diri menyebabkan dia bertindak di luar kawalan," katanya.
Ujarnya, kerana hilang pertimbangan dan nafsu telah menguasai diri, Hakim telah memukul dan merogolnya.
"Kebetulan tidak ada rakan sekerja yang mendengar jeritan saya ketika itu. Saat itu, saya hanya dapat berserah kepada Allah kerana kudrat yang ada tidak dapat melawan kekuatan seorang lelaki," katanya.
Tambahnya, selepas kejadian tersebut, Hakim telah berhenti kerja dan hubungan mereka juga terputus sehingga hari ini.
"Selepas sebulan, seluruh badan terasa lemah dan loya. Kerana risau dengan keadaan itu saya telah membuat ujian kehamilan dah keputusannya adalah positif.
"Dugaan yang diterima itu membuatkan saya terasa seperti dunia gelap seketika. Ketika itu juga wajah sedih ibu dan nenek bermain di fikiran.
"Tambahan, ketika itu saya hanya memikirkan keadaan ibu yang akan bertambah sakit jika mengetahui perkara tersebut," katanya.
Namun, apabila usia kandungan mencecah tiga bulan, kandungan tersebut tidak boleh lagi disembunyikan dari pengetahuan mereka.
Walaupun ibu Salina sedih, tetapi dia dapat menerima ketentuan tersebut dengan lapang dada.
"Untuk mengelakkan kandungan saya diketahui umum, saya telah memohon untuk tinggal sementara waktu di pusat pemulihan akhlak," katanya.
Katanya, hati ibu mana tidak tersentuh jika melihat anak sendiri diserahkan kepada orang untuk dipelihara.
"Namun saya melakukannya demi kebaikan kami berdua kerana saya yakin kehidupannya akan lebih terjamin apabila tinggal bersama keluarga angkat.
"Selepas keluar dari pusat pemulihan akhlak, saya akan meneruskan hidup baru dan cuba untuk melupakan kenangan hitam tersebut," katanya.

Kredit


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my