Thursday, 13 September 2012

Motosikal Baharu Kawasaki DTracker 150-Motard D-Tracker 150

 Motard D-Tracker 150

KAWASAKI Motors (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan motosikal baharu Kawasaki DTracker 150, sebuah motosikal dual sport yang secara khususnya ditala bagi penghantaran maksimum keseronokan tunggangan di jalan raya dan off  road.

Jentera pemasangan luar negara (CBU) dari Indonesia itu didatangkan dengan enjin jenis empat lejang bersesaran 144cc bersama kotak gear lima kelajuan. Ia berupaya menjana kuasa maksimum sebanyak 8.6kW dan kuasa kilas 12Nm.

Menurut Pengurus Besar Kawasaki Motors, Jeffrey Lim jentera kategori motard itu merupakan pilihan ideal bagi mereka yang sedang mencari jentera lebih mesra pengguna dengan gaya dan prestasi motard. “Motosikal yang  diperkenalkan ini adalah sebahagian daripada barisan rangkaian produk pertengahan segmen 150cc dan disasarkan kepada golongan muda iaitu generasi Y.

“Kawasaki juga berhasrat untuk menjadikan model tersebut pemasangan tempatan penghujung tahun ini,” katanya. D-Tracker 150 dihidupkan menerusi butang penghidup atau penendang kaki. Didatangkan dalam dua warna pilihan, harga  jualan asas jentera adalah RM9,689 seunit.

 Kredit Sinar

Enhanced by Zemanta


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my