TABLOID di kedua-dua belah
Atlantik bagaikan mendapat durian runtuh minggu lalu apabila akhbar The
Sun melaporkan tentang wanita New Jersey berusia 44 tahun yang
mengalami keadaan yang jarang-jarang berlaku iaitu mencapai orgasma atau
puncak syahwat sehingga 100 kali dalam sehari.
Didiagnosis dengan persistent genital arousal disorder (PGAD)
atau masalah kebangkitan berahi berulang-ulang, Kim Ramsey, seorang
jururawat dikatakan terpaksa duduk di atas kampit kacang sejuk beku
apabila mencapai klimaks tidak berhenti-henti untuk tempoh empat hari.
Media dan pembaca memberi reaksi terhadap masalah Ramsey ini dengan bermain kata-kata yang membawa dua maksud seperti, "Lagi?" New York Post pula seolah-olah mengeluh yang, "sesetengah perempuan dapat semua keseronokan."
Di sebalik keseronokan orang lain membuat lelucon, bagi Ramsey sendiri keadaannya itu bukanlah sesuatu yang boleh diketawakan.
"Orang yang tidak memahami masalah ini menganggap orgasma berganda suatu nikmat tetapi saya sepanjang masa dalam kesakitan.
"Malangnya tidak banyak yang boleh dilakukan dari segi perubatan buat
masa ini bahkan kebanyakan doktor hanya menganggap situasi saya sebagai
hiperseksualiti atau daya seksual terlampau," katanya.
Ahli ginekologi dan pengasas Institute for Women in Pain di
Pennsylvania, Dr. Robert Echenberg berkata, wanita seperti Ramsey sering
kali disalah diagnosis atau dipandang remeh oleh pakar sakit puan, yang
akan meminta mereka bersyukur kerana lebih baik daripada perempuan yang
gagal mencapai orgasma atau puncak syahwat.
"Doktor terbabit bukannya merawat pesakit," katanya.
GangguanNeuropsikiatri yang juga peneraju
PGAD, Dr. Marcel Waldinger membandingkan keadaan Ramsey dengan "sakit
gigi di tempat yang salah".
Menurut Echenberg, PGAD perlu dimasukkan dalam konteks kesakitan
pelvis kronik - isu yang dialami pada satu masa oleh 20 peratus wanita
dalam umur produktif.
Fenomena ini diperkenalkan ke dalam dunia perubatan dalam satu kajian pada 2001 oleh Sandra Leiblum, pengasas terapi seks moden.
Waldinger dan pakar lain sejak itu merumuskan PGAD sebagai masalah
neurologi berpunca daripada saraf pudendal, sel deria penting yang
mencetuskan nafsu berahi.
Menurut Waldinger, PGAD berkembang apabila saraf tersebut termampat
dan mula 'menembak' secara rambang, menyebabkan saraf dorsal pada
clitoris (DNC) wanita itu terlebih pacu.
Akibatnya, wanita yang menderita dengan gangguan saraf ini sepanjang masa merasai berada di ambang berahi.
Dalam keadaan luar biasa, sedikit sentuhan atau pergerakan pada alat sulit dengan cepat membuatkan mereka terangsang.
Bukan sahaja ia akan menyebabkan mereka tidak selesa ketika di bilik
mesyuarat atau di dalam kenderaan awam, ia menjejaskan kehidupan seks
mereka: kerana orgasma yang sepatutnya puncak nikmat seks menjadi sumber
derita.
"Kebangkitan nafsu syahwat yang berterusan tentu sahaja meresahkan
dan menyakitkan bahkan membuatkan wanita itu naik angin," kata
Waldinger.
Selain kacang sejuk beku, adakah penawar lain untuk wanita yang
keletihan ini dan alat genital mereka yang haru-biru? Sesetengah ubat
mungkin boleh mengurangkan sensasi tetapi buat masa ini, belum ada
rawatan jangka panjang yang berkesan.
Bagi Ramsey, tidak ada apa yang boleh dilakukannya selain berdoa
lebih ramai wanita yang merasakan diri mereka mengalami PGAD tampil
menemui doktor agar dunia perubatan dapat memberikan perhatian serius
terhadap masalah ini.
- Terjemahan daripada Newsweek 10 September 2012.
Friday, 14 September 2012
Puncak syahwat luar biasa-Kim Ramsey
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Pilihan
-
Setiap tahun menjelang suatu perayaan di sebuah kampung terpencil di negara China, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging manusia ...
-
Today, we're going DEEP into the heart of downtown Marrakech, to try some AMAZING Moroccan Street Food. You can explore with us as...
Blog Archive
-
▼
2012
(
104
)
-
▼
September
(
21
)
- Maut demi cantik
- Dirogol kaki botol
- Kilang lutsinar
- Majalah Denmark siar gambar separuh bogel Catherine
- Posisi Menyilang (Cross Buttock)
- Posisi Samping (Side-by-side Position)
- Gambar separuh bogel isteri Putera William tersebar
- Puncak syahwat luar biasa-Kim Ramsey
- Motosikal Baharu Kawasaki DTracker 150-Motard D-Tr...
- Majlis Pelancaran Rakan Niaga eQurban.com
- Reka bentuk klasik dalam era moden
- Ereksi petunjuk kesihatan
- 3 Tips Supaya Pelawat Suka Nak Like Page
- Rahsia Pemasaran Facebook
- Demam Gangnam Di Seluruh Dunia
- Posisi 'Doggie Style'
- TEKNIK PROMOSI WEB DI FACEBOOK.
- Kejam - Ditanam Hidup-hidup
- Kanak-kanak Dibunuh Kejam Oleh Rejim Bashar Asad
- Bunuh 3 Wanita Dan Makan Daging Mereka Untuk Upaca...
- Posisi Missionary (Man on Top)
-
▼
September
(
21
)
EmoticonEmoticon