Tuesday, 11 September 2012

Reka bentuk klasik dalam era moden


Reka bentuk klasik dalam era moden
 Reka bentuk klasik dalam era moden

Mengikut sejarah awal penciptaannya, Harley Davidson Sportster XR1200 dilancarkan untuk pasaran Eropah pada 2008. Motosikal ini berasaskan model terkenal di Amerika Syarikat iaitu XR750, dicipta khas untuk kelajuan dan berjaya memenangi beberapa acara kategori drag dan perlumbaan lain.

Pada 2011, XR1200 dinaik taraf ke enjin 1200cc dengan penampilan yang lebih garang dan mantap untuk memberi lebih kepuasan ketika menunggang.

Suspensi yang boleh diubahsuai, ekzos yang lebih menarik, rangka lengan dari aluminium serta beberapa pertukaran dilakukan demi memberi lebih kepuasan kepada penunggang.

Warna hitam mati amat bersesuaian dengan konsep reka bentuk klasik XR1200 . Ia direka dengan sentuhan moden tetapi ciri klasik Harley Davidson masih dipertahankan seperti panel lampu hadapan, kedudukan kunci dan sebagainya.

Mengendalikan motosikal ini sedikit pun tidak memberi sebarang masalah sama ada dalam kesesakan di pusat bandar mahupun di sepanjang lebuh raya. Pandangan ke belakang melalui cermin sisi jentera ini amat meyakinkan dan tiada masalah dalam kesesakan kerana ketinggian cermin sisi membolehkan penunggang menyelit di antara kenderaan. Ia turut menambah keseronokan dalam penunggangan.

Menunggang dengan kadar kelajuan yang tinggi di lebuh raya amat meyakinkan hasil daripada penggunaan tayar yang bersesuaian dan brek yang mencengkam dan selamat dengan hanya sedikit goyangan sahaja. Untuk lebih merasai keterujaan dan keseronokkan jalan berliku atau berbukit adalah pilihan yang tepat .

Enjin V-Twin Sport memang ternyata akan memecut bila dipulas, seakan-akan terasa kuasa membawa motor superbike. Pertukaran kuasa dari gear satu hingga gear kelima akan dirasai begitu ketara oleh penunggang.

Direka bentuk menepati kesesuaian di antara tempat duduk, pedal peletak kaki dan bar hendal. Penunggang akan merasai gegaran enjin, keseronokan dan kepuasan sepanjang menunggang jentera keluaran negara Uncle Sam itu.

Secara keseluruhan, memang tidak dapat dinafikan akan kejutan setiap hasil tangan dari Harley Davidson ini. Kelainan XR1200 dari keluarga Sportster yang lain amat ketara dan berlainan sekali dari segi reka bentuk dan kuasa pecutan.

Dengan harga RM126,000 seunit, apa pun setiap jumlah wang ringgit yang dikeluarkan untuk memiliki motosikal ini pasti akan dibalas dengan seribu macam keseronokan.

SPESIFIKASI

Enjin: Air-cooled, Evolution
Transmisi gear: 5-kelajuan
Kapasiti tangki bahan api: 13.2 liter
Berat keseluruhan: 249.9kg
Warna asal: Hitam / Putih

Enhanced by Zemanta


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my