Diriwayatkan
bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa
benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah
benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku
pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian
bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?" Jawab iblis: "Kadang-
kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau
daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi
Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga
terlalu kenyang."
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-
1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.
2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.
3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.
4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.
5.Jika
orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang
dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.
EmoticonEmoticon