Tuesday, 25 February 2014

Rayuan kes bunuh Altantuya: Sirul Azhar tidak hilang

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis ini bagi pengurusan kes berhubung rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota unit tindakan khas polis daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
    
Timbalan Pendaftar Izuddin Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan peguam J.Kuldeep Kumar mewakili Cif Insp Azilah Hadri, yang turut menyebut kes itu bagi pihak peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar.
    
Manoj memberitahu pemberita tarikh pendengaran bagi rayuan pihak pendakwa itu masih belum ditetapkan.
    
Mengenai isu lain, Kuldeep Kumar menyangkal laporan satu portal berita  bahawa Sirul Azhar telah menghilangkan diri selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Rayuan.
    
"Beliau masih ada di sini," katanya.

Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, disabitkan dan dijatuhi hukuman mati pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.
    
Kedua-dua mereka memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 23 Ogos tahun lepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan sabitan mereka.
    
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman 47 muka surat memutuskan keterangan keadaan dikemukakan pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mengekalkan dapatan dua anggota polis itu bersalah.
    
Mahkamah menyatakan kesalahan mereka tidak dibuktikan secara kukuh, "dengan itu mahkamah terpaksa memberi faedah kesangsian".
    
Pihak pendakwa memfailkan petisyen rayuan pada 3 Jan tahun ini, menyenaraikan enam alasan kenapa panel tiga anggota Hakim Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta untuk membenarkan dua anggota polis itu terlepas hukuman mati.
    
Sementara itu, pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan  Azilah dan Sirul Azhar. 
    
Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, memutuskan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak. - Bernama------------HD


Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my