Selain daripada nikmat Iman dan Islam yang merupakan anugerah Allah
kepada hambanya, maka nikmat berjamaah adalah yang ketiga. Banyak
manusia leka dan lalai tidak sedar bahawa berjamaah juga merupakan
tuntutan di dalam Islam. Bukan semua orang dapat menikmati kelazatan
berjamaah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud " Wajib atas kamu berjamaah"
Maksud hadis yang lain " Berjamaah itu rahmat, berpecah merupakan
musibah"
Gembiranya bersama PAS kerana dasar yang diperjuangkan
oleh PAS ialah Islam seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS,
perkara 3 Dasar PAS ialah Islam. Dasar yang tidak pernah dimamah usia,
sentiasa relevan dalam semua keadaan, samaada waktu senang atau waktu
susah, waktu menang atau waktu kalah. Dasar inilah yang menyebabkan PAS
sentiasa segar di dalam mana- mana keadaan.
Dasar ini
menyebabkan pendokongnya merasa perlu beramal dengan Islam dalam semua
keadaan. Mungkin sebelum menyertai PAS, peribadinya tidak berapa elok
dari segi penghayatan Islam. Keadaanya sudah berubah apabila ia bersama
dengan PAS. Perasaan malu datang dengan sendiri kerana panji yang dia
pegang ialah Islam.
Jika sebelumnya aurat tidak terjaga apabila
bersama dengan PAS, secara automatik ia merasa malu jika masih
mendedahkan aurat. Berapa ramai di kalangan pimpinan dan ahli PAS telah
berhenti merokok. Walaupun mereka ini berada ditahap perokok yang tegar.
Mereka berhenti merokok bukan kerana kesihatan, tetapi kerana merasa
malu jika masih merokok. Jika ada masih merokok mereka akan menyorok,
ertinya tidak merokok di hadapan orang ramai.
Bersama PAS masa
tidak terbuang dan sentiasa terisi dengan program yang bermanfaat.
Perkara ini amat terasa, terutama bagi mereka yang pernah berada di dua
zaman. Satu semasa sebelum bersama PAS, kedua selepas daripada menyertai
PAS. Ertinya tidak ada kerehatan. Jika mereka yang bekerja di siang
hari, malam ke kuliah di surau kemudian ke program parti.
Sehingga
ada yang menjawab kita akan berehat di syurga nanti, itulah kerehatan
yang sebenar bagi seorang hamba sebagai mana yang pernah dinyatakan oleh
Imam Shafie. Maklumlah hari cuti am merupakan hari PAS. Sentiasa ruang
dan masa disi dengan program yang membangunkan masyarakat. Malahan
dianggap oleh ahli PAS sebagai satu hiburan hati dan satu kepuasan
apabila dapat menyumbang kepada perjuangan PAS. Mereka gelisah dan tidak
tenang hati jika tidak ada program. Inilah nikmat berjuang.
Bersama
dengan PAS memberi ruang untuk mendekati ulamak muttaqin yang sentiasa
berjihad di jalan Allah. Mereka tidak peduli keredaan manusia, yang
dituntut ialah keredaan Allah. Mereka merupakan tonggak kejayaan PAS
untuk menarik sokogan rakyat di peringkat akar umbi.
Banyak
ijtihad politik seperti tahaluf siasi tidak akan berjaya tanpa restu
daripada ulamak. Ulamak cuba menggali khazanah ilmu di zaman silam
dengan dipadankan dengan situasi semasa. Daripada sejarah awal penubuhan
PAS mempunyai kaitan dengan institusi ulamak dan pondok.
Tan
Sri Sanusi Jonid bekas Setiausaha Agung Umno pernah mengungkapkan 3P (
Padi, Pondok dan PAS). Walaupun pondok bukan dikendalikan oleh PAS
secara langsung. Namun pengajian yang diajar mempunyai persamaan dengan
apa yang diperjuangkan oleh PAS. Ulamak inilah yang banyak membantu PAS.
Tokoh- tokoh ulama awal yang menggerakkan PAS di peringkat awal seperti
Tuan Guru Haji Husin Rahimi Bunut Payung, Tuan Guru Haji Abd Ghani
Kubang Bemban Pasir Emas, Tuan Guru Haj Hashim Pasir Tumbuh, Tuan Guru
Haji Yahya Junid Padang Lumat Kedah, Tuan Guru Pak Man Bukit Besar, Tuan
Guru Haji Ahmad Tuan Husin Pokok Sena Seberang Perai, Tuan Guru Abd
Samad Noh Padang Rengas dan lain-lain lagi.
Umno cuba untuk
menaja ulamak supaya menyertai mereka, setakat hari ini masih gagal.
Ulamak yang muttaqin tidak boleh berlakon dan berpura-pura di dalam
kehidupan mereka. Mereka tidak boleh terima perjuangan Umno kerana
kontra dengan ilmu yang mereka pelajari. Tambahan pula dari segi rekod,
Umno hanya menggunakan ulamak ketika berhajat untuk melawan PAS, selepas
itu mereka akan ditinggal begitu sahaja seperti habis madu sepah
dibuang. Di dalam PAS jika ada ulamak yang mempunyai agenda peribadi
bukan agenda ummah, secara automatik mereka akan terpelanting daripada
saf kepimpinan.
Bersama PAS akan melebarkan kenalan di serata
dunia. Dalam erti kata yang lain, penyokong PAS akan berada di semua
tempat, di mana ada bulan di situ ada orang PAS. PAS menitik berat soal
ukhwah, yang menjadi agenda penting di dalam tarbiah PAS. Ukhwah yang
merentasi sempadan dan daerah memberi keseronokan kepada kita yang
bersama dengan PAS ketika senang atau susah.
Pengalaman penulis
sendiri, sewaktu penulis diarahkan bertukar daripada Institut Teknogi
Mara (sekarang UITM) Shah Alam ke Melaka pada awal 1990. Ketika itu saya
tidak mempunyai saudara mara yang terdekat untuk uruskan soal rumah dan
kemudahan-kemudahan lain.
Tetapi alhamdulillah berkat bersama
PAS perkara ini begitu mudah diselesaikan dengan bantuan sahabat-sahabat
PAS Melaka. Begitulah juga menjadi kelaziman sebagai penceramah yang
menjelajah ke seluruh pelusuk kampung, kadang-kadang kenderaan buat hal
di tengah jalan. Maka ketika inilah bantuan sahabat PAS yang berdekatan
akan membantu.
Memang terasa nikmat bersama dengan PAS, walaupun
kadang-kadang memenatkan, namun inilah kemanisan perjuangan yang tidak
dirasai oleh orang lain. Kemanisan yang tidak boleh dibeli dengan wang
ringgit, pangkat dan harta. Jika hendak merasai nikmat maka marilah
bersama dengan PAS.
http://bit.ly/cdauidiofree
*Penulis adalah Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang
Sunday, 9 February 2014
Gembiranya Bersama PAS
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Pilihan
-
Setiap tahun menjelang suatu perayaan di sebuah kampung terpencil di negara China, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging manusia ...
-
Today, we're going DEEP into the heart of downtown Marrakech, to try some AMAZING Moroccan Street Food. You can explore with us as...
Blog Archive
-
▼
2014
(
243
)
-
▼
February
(
45
)
- Sharnaaz mahu Lisdawati, Fauzi minta maaf
- SPAN lulus p'kat kedua agih air berjadual
- Rayuan kes bunuh Altantuya: Sirul Azhar tidak hilang
- Agihan air: Syabas diminta jangan berdolak dalik
- Wisma Putra pantau rapi keadaan di Mesir
- Горящий грузовик - Lori Terbakar
- Produk Khas Untuk Lelaki
- NST diperintah bayar RM350,000 kepada Husam
- Review Produk Sistem Jualan Pro
- Rahsia Untuk Mengubah Taraf Hidup Dan Masa Depan
- Percuma CD Audio - MP3 - Idea Bisnes Dari Rumah
- Fahami larangan sambut Hari Memperingati Kekasih
- Taib hadir taklimat tertutup bersama Menteri Dalam...
- Baddest Fight Scenes EVER! - Jackie Chan vs. Jet Li
- Gembiranya Bersama PAS
- Turunkan tol, konsesi telah banyak punggah duit ra...
- Enam perkara tercela akibat makan banyak
- Anwar gesa henti ulas isu PKNS, elak manipulasi me...
- Taib pun letak jawatan, SPR terkejut tak?
- PR Dun Kajang: Nalla buat laporan polis
- Mengapa saya menyokong 'Rencana Kajang'
- PRK Kajang: Lucu jika saya sabotaj diri sendiri - ...
- Teresa Kok: PAS kecam provokasi melampau
- Keajaiban manusia akhir zaman
- Survey Seks pada pelajar: Rasional atau tidak?
- Harga barang: Sedarkan rakyat yang tak faham
- Pampasan tol: RM400 juta duit rakyat jadi mangsa
- Tindakan Singapura ugut penganjur World Hijab Day ...
- Teresa Kok's CNY video stirs controversy
- Anwar: What I would do as Selangor MB
- PRK Kajang: PAS jadi jentera pembantu paling kuat
- Big Game Ad Starring Terry Crews and the Muppets |...
- Doritos Super Bowl Commercial 2014 - Doritos Time ...
- 2015 Hyundai Genesis | Big Game Ad | "Dad's Sixth ...
- The Phone Call: #InWithTheNew RadioShack Commercia...
- Cheerios 2014 Game Day Ad | "Gracie"
- Dannon Oikos Greek Yogurt - The Spill
- Microsoft 2014 Super Bowl Commercial: Empowering
- Ian Up For Whatever TV 60 -- 2014 Super Bowl XLVII...
- Coca-Cola - Going All The Way - Official :60
- Squarespace - A Better Web Awaits (Big Game Commer...
- Pepsi Super Bowl 2014: Pepsi #Halftime Intro
- Death toll rises to 16 from Indonesia volcano
- Syrian forces step up deadly attacks on Aleppo
- Muhammad Ali peluk Islam di puncak kegemilangan
-
▼
February
(
45
)
EmoticonEmoticon