Monday 16 July 2018

7 Petua Untuk Kuruskan Badan

7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang lebih kurus berbanding sekarang; 
1.Minum air masak banyak-banyak. Berapa banyak nak minum? Satu lori tangki? Ada yang kata 8 gelas sehari ataupun paling tidak 2 liter sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong dan kurangkan minum air manis. Cubalah tengok warna urin anda. Kalau jernih/’slightly’ kuning, oklah tu. Kalau kuning sangat, silahlah minum air kosong yer! InshaaAllah minum air kosong juga boleh sebabkan kita rasa kenyang dan kurangkan nafsu makan. Cubalah! 
2. Kualiti senaman. Tak perlu kita nak beli macam-macam mesin. Kalau ada duit, belilah. Kalau tak, cukup kita berjoging pusing taman perumahan. Jangan malu. Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas pun cukuplah. Yang penting, kita tahu jenis senaman (kena tanya mereka yang pakar). Lagi elok kita bersenam setiap hari. Biar kita rasa seronok bila bersenam. 
3. Tukar snek. Kurangkan makan kek dan coklat sebagai snek utama kita. Ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pandai-pandailah anda ubahsuai buah dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Buah apa? Amalkan makan buah epal, betik, belimbing sebelum anda makan makanan utama. 
4.Ubah cara kita makan. Maksudnya makan perlahan-lahan. Kunyah makanan sampai benar-benar hancur luluh. Mudahkan kerja perut kita untuk hadam. Sebab tu Nabi pesan suruh kunyah 40 kali. Ada hikmahnya kita ikut sunnah Nabi. Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan perut kita “buncit angin”. 
5.Tingkatkan dan kekalkan motivasi. Minda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita? 
6.Kurangkan garam. Banyak makan garam memang banyak mendatangkan masalah pada badan kita. Darah tinggi tu pun satu! Banyak makan garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan tubuh dan boleh lambatkan proses air nak keluar dari sel badan. 
7.Bakar lemak dengan betul. Senaman joging atau main badminton boleh membakar lemak. Jadi elakkan minum air milo dan 100plus. Nanti dah tak berapa berkesan senaman kita tadi. 
7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat!

Tuesday 10 July 2018

Bizarre Foods - From the Vault Volume 4 HD

Sunday 1 July 2018

BIZARRE FOODS - PANAMA

Artikel Pilihan

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my