Wednesday 26 February 2014

Sharnaaz mahu Lisdawati, Fauzi minta maaf

Petaling Jaya: "Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku."

Tuesday 25 February 2014

SPAN lulus p'kat kedua agih air berjadual


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan permohonan untuk peringkat kedua pengagihan air berjadual di Selangor bermula Ahad ini.
  
Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kasim berkata peringkat kedua pengagihan air berjadual perlu dilakukan dengan teliti memandangkan jumlah penduduk yang bakal terjejas lebih ramai dan kawasan terlibat lebih besar.
  
"Sehubungan itu, adalah dimaklumkan Syabas juga akan membuat pengumuman perincian ke atas peringkat kedua pengagihan air berjadual di kawasan lain di Selangor selewat-lewatnya Jumaat ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Sementara itu, Ismail berkata bacaan paras air di tujuh empangan di Selangor menunjukkan hanya dua mencatat paras membimbangkan.
  
"Di antara tujuh empangan di Selangor, dua empangan iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gates menyusut ke paras membimbangkan dengan masing-masing mempunyai peratus simpanan sebanyak 48.94 peratus dan 54.10 peratus.

"Pada masa ini, jumlah pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor ialah sekitar 1,800 juta liter sehari (JLH), Empangan Sungai Tinggi 1,200 JLH dan Empangan Klang Gates 120 JLH untuk dirawat oleh loji rawatan air," katanya.
  
Ismail berkata keperluan air mentah untuk bekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini ialah 4,900 JLH.
  
"Selaku pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal sumber air, kerajaan negeri telah meluluskan supaya pelepasan air di Empangan Sungai Selangor dikurangkan sehingga 500 JLH secara empat peringkat," katanya.  
  
Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.
  
Abdul Khalid berkata melalui program itu, kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya. - Bernama-----------HD 


Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree

Rayuan kes bunuh Altantuya: Sirul Azhar tidak hilang

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis ini bagi pengurusan kes berhubung rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota unit tindakan khas polis daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
    
Timbalan Pendaftar Izuddin Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan peguam J.Kuldeep Kumar mewakili Cif Insp Azilah Hadri, yang turut menyebut kes itu bagi pihak peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar.
    
Manoj memberitahu pemberita tarikh pendengaran bagi rayuan pihak pendakwa itu masih belum ditetapkan.
    
Mengenai isu lain, Kuldeep Kumar menyangkal laporan satu portal berita  bahawa Sirul Azhar telah menghilangkan diri selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Rayuan.
    
"Beliau masih ada di sini," katanya.

Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, disabitkan dan dijatuhi hukuman mati pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.
    
Kedua-dua mereka memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 23 Ogos tahun lepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan sabitan mereka.
    
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman 47 muka surat memutuskan keterangan keadaan dikemukakan pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mengekalkan dapatan dua anggota polis itu bersalah.
    
Mahkamah menyatakan kesalahan mereka tidak dibuktikan secara kukuh, "dengan itu mahkamah terpaksa memberi faedah kesangsian".
    
Pihak pendakwa memfailkan petisyen rayuan pada 3 Jan tahun ini, menyenaraikan enam alasan kenapa panel tiga anggota Hakim Rayuan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta untuk membenarkan dua anggota polis itu terlepas hukuman mati.
    
Sementara itu, pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan  Azilah dan Sirul Azhar. 
    
Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, memutuskan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak. - Bernama------------HD


Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree

Agihan air: Syabas diminta jangan berdolak dalik


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berpendapat tempoh lama ambil oleh Syabas untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi Pelan Pengagihan Air Berjadual akibat penutupan Loji Batu 11 dan Loji Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan ramai.
 
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan semalam menyatakan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk pastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini. 

“Penurunan paras air empangan kerana perubahan monsun yang menyebabkan cuaca panas berlanjutan dan keadaan ini turut dialami di negeri-negeri lain,” jelas kenyataan itu, sebagaimana di bawah.

Perbincangan mengenai persediaan terhadap cadangan pelaksanaan penjadualan pengagihan air telah dibincangkan bersama wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor sejak 18 Februari 2014.
 
Dalam mesyuarat itu, jawatankuasa telah dimaklumkan keadaan paras empangan di Selangor khususnya Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Klang Gates yang menghampiri paras kritikal.
 
Pihak Syabas telah diminta menyediakan pelan penjadualan pengagihan bagi kawasan liputan Loji Sungai Selangor 1,2,3, Loji Rasa dan Rantau Panjang sekiranya pengurangan pelepasan air dilaksanakan daripada Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH).
 
Jawatankuasa berkenaan meminta supaya Syabas membentangkan pelan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 20 Februari 2014.
 
Namun, Syabas hanya membentangkan Kertas cadangan Untuk Catuan Bekalan Air dan Pelan Penjadualan Bekalan Air akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat yang mengakibatkan penutupan Loji Batu 11, Cheras dan Bukit Tampoi tetapi gagal menyediakan pelan penjadualan pengagihan air sekiranya pengurangan pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor dilaksanakan.
 
Kerajaan Selangor sekali lagi mengarahkan Syabas menyediakan pelan penjadualan pengagihan air untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air pada 21 Februari.
 
Bagaimanapun Syabas masih gagal menyediakan pelan tersebut dan Kerajaan Negeri mengarahkan syarikat konsesi itu menyediakan pelan pengagihan pada 24 Februari, namun sekali lagi Syabas gagal sebaliknya wakil Syabas meminta pelan pengagihan disediakan oleh Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air kerana dikatakan lebih berpengalaman.
 
Kerajaan Selangor berpendapat tempoh lama ambil oleh Syabas untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi Pelan Pengagihan Air Berjadual akibat penutupan Loji Batu 11 dan Loji Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan ramai.
 
Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk pastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini. Penurunan paras air empangan kerana perubahan monsun yang menyebabkan cuaca panas berlanjutan dan keadaan ini turut dialami di negeri-negeri lain.
 
Sehubungan itu, kita meminta Syabas menyediakan pelan penjadualan pengagihan dengan segera tanpa memberikan pelbagai alasan kerana tugas mengagihkan air bersih kepada pengguna adalah tanggungjawab Syabas sebagai syarikat konsesi.
 
Kerajaan negeri tegaskan bahawa keaadan pada ketika ini berbeza dengan apa yang berlaku pada 15 Julai 2012 apabila Syabas mengumumkan catuan air di Lembah Klang tanpa mendapat persetujuan kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
 
Bagi situasi pada hari ini, persetujuan untuk Syabas melaksanakan pengaktifan pelan penjadualan pengagihan air sekiranya pelepasan air mentah daripada empangan dilaksanakan telah pun diberikan oleh kerajaan negeri namun Syabas gagal menyediakannya biarpun telah diminta beberapa kali.----HD




Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree

Thursday 20 February 2014

Wisma Putra pantau rapi keadaan di Mesir

PUTRAJAYA: Malaysia memandang berat kejadian dua pelancong Korea Selatan terbunuh dalam satu serangan bom berani mati di bandar peranginan Taba, di selatan Sinai, Mesir.
    
Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Malaysia kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu dan menggesa semua pihak supaya mengelak daripada melakukan keganasan.
    
"Berikutan keadaan keselamatan dan suasana politik yang terus tidak menentu di Mesir sekarang, Wisma Putra ingin mengulangi nasihat perjalanannya sebelum ini dan menggesa semua rakyat Malaysia supaya menangguhkan atau menjadualkan semula perjalanan mereka yang tidak penting ke Mesir," kata kenyataan itu.
    
Ketika ini, Wisma Putra melakukan penyelarasan rapi dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir untuk memantau keadaan di sana bagi menjamin keselamatan semua rakyat Malaysia. - Bernama----HD



Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree




Tuesday 18 February 2014

Горящий грузовик - Lori Terbakar

Tags
Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah

Produk Khas Untuk Lelaki



Usah biarkan diri anda rasa rendah diri dan mengecewakan pasangan anda akibat saiz zakar anda tidak seperti yang diidam-idamkan oleh isteri atau bakal isteri anda. Laman web ini akan bantu anda selesaikan dilema tersebut. Sila baca segala apa yang terkandung dalam laman ini…http://bit.ly/ZakarPerkasa


Terus terang saya katakan tanpa sebarang berselindung, salah satu faktornya ialah SAIZ ZAKAR suami mereka yang pendek, kecil dan kurang memuaskan!

Anda tak percaya?

Kalau tak percaya, saya cabar anda untuk bertanyakan secara terus kepada isteri anda. Minta dia jawab dengan penuh ikhlas dan tanpa berselindung.

Kalau dia cakap, anda punya dah cukup besar, memang dia sedang menipu anda. Wanita ni memang hatinya amat sensitif dan lembut. Mereka sentiasa ingin menjaga hati anda agar anda tidak terluka.

Begitu juga bagi anda yang mungkin masih bujang dan belum berkahwin. Adakah anda benar-benar yakin yang anda mampu memuaskan bakal isteri anda? Adakah anda yakin anda sudah mempunyai saiz zakar idaman bakal isteri anda tersebut?

Jika anda masih kurang yakin, maka anda wajib teruskan bacaan anda di laman ini.

http://bit.ly/ZakarPerkasa


Berkenaan dengan persoalan saiz zakar idaman, berikut saya ingin berkongsi bersama anda mengenai satu hasil kajian yang amat menggemparkan dan mampu membuatkan anda tersedar.
Mari kita lihat kaji-selidik sebenar tersebut  yang telah saya sendiri jalankan...

Saya ada tawaran terbaik untuk anda. Ianya merupakan tawaran bonus-bonus tambahan yang bermanfaat buat anda. Semuanya saya akan berikan kepada anda secara PERCUMA sahaja, tanpa sebarang kos tambahan.

Sila dapatkan segala apa yang terkandung dalam laman ini…http://bit.ly/ZakarPerkasa

Monday 17 February 2014

NST diperintah bayar RM350,000 kepada Husam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan akhbar The New Straits Times (NST) membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa berikutan mengeluarkan laporan fitnah terhadap Naib Presiden PAS itu .

Jumlah tersebut sebagai gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NST membayar RM10,000 bagi bicara taksiran gantirugi dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan tersebut di mahkamah.

Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.

Dalam satu artikel pada 2008, NST menyiarkan satu berita mengaitkan Husam melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan ketika beliau memegang jawatan exco.

Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.

Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.

Husam diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.----HD



Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree


Sunday 16 February 2014

Review Produk Sistem Jualan Pro

Pakej Jualan Pro adalah satu sistem yang sistematik,anda akan tunjukkan bagaimana anda boleh buat duit dari rumah tanpa henti secara automatik. Sebelum itu anda perlu tahu satu konsep yang digunakan oleh pakar pemasaran internet yang menyebabkan mereka berjaya:
Apa Yang Anda Perolehi Dari Pakej Ini?
  • Satu set blueprint bagaimana menjana pendapatan melalui affiliate. Dan dalam satu modul tu, saya tunjukkan cara menjana komisyen dalam masa yang singkat! Syaratnya anda perlu take action! Bukan goyang kaki jer..
  • Tools WAJIB yang anda perlukan untuk berjaya dalam affiliate Langkah demi langkah dari level asas (newbie) hingga Advance untuk anda kuasai jika anda nak jadi seorang Top Affiliate. Saya sendiri gunakan cara ini sehingga berjaya mengungguli kebanyakan cabaran affiliate tempatan.
  • Cara dan tips memilih produk yang bersesuaian untuk anda promosikan.
  •  
  • Dan banyak lagi Bonus yang menanti anda
Senarai ‘lubuk’ produk affiliate untuk anda. Terdapat pelbagai produk yang anda boleh pilih, ia bukan sahaja berkaitan dengan perniagaan internet, bahkan ada juga produk-produk motivasi, kewangan, kesihatan, kerjaya dan banyak lagi yang anda boleh pilih untuk anda promosikan.


Mungkin anda pernah mencuba pelbagai program atau produk diinternet dengan harapan untuk buat duit tepi tanpa satu sen pun tak dapat. Dan anda mungkin tertanya-tanya bagaimana saya(Tn RahmanBasri) mampu menjana RM16,000 dalam masa 10 hari diinternet?

Anda tentu hendak tahu rahsianya?
Apa tunggu lagi!!!
 Lawati Web Dibawah:

http://bit.ly/jualanproaffiliate


 cimb2

Rahsia Untuk Mengubah Taraf Hidup Dan Masa Depan

Anda Boleh Menjadi Orang Yang Paling Berjaya Di Dalam Dunia, Tetapi Jika Anda Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri dan Keupayaan Anda, Anda Tidak Akan Pergi Ke-Mana-Mana

  • Rahsia #1 yang digunakan oleh pengamal program motivasi untuk menanamkan keyakinan dalam diri.
  • Bagaimana anda boleh menilai tahap keyakinan anda dalam masa 3 minit dan melakukan perubahan penting dalam diri untuk meningkatkan keyakinan?
  • 5 teknik pantas untuk membina keyakinan dengan cara malas. (memang berkesan)
  • Panduan motivasi yang jarang didengar untuk digunakan sebagai senarai semak diri.
  • Bagaimana untuk menyingkirkan rasa tidak yakin dalam diri apabila menghadapi kesukaran dan kepayahan yang dialami?
  • Bagaimana untuk membuatkan orang lain hormat kepada anda?
  • Formula 'magik' untuk membuang perasaan takut yang tidak bertempat dan membina gaya kepimpinan.
  • Bagaimana anda boleh menyuntik semangat dan keyakinan untuk membuatkan orang lain tertarik dan suka kepada anda tanpa perlu ilmu guna-guna (karisma)?
Dan banyak lagi...

Dapatkan disini 

Percuma CD Audio - MP3 - Idea Bisnes Dari Rumah

modul 5.4 sjp
CD ini diberikan PERCUMA kepada mereka yang mahu belajar menjana wang dari rumah olih tuan Rahman Basri yang baru melancarkan CD Audio MP3 Idea Bisnes Dari Rumah
 
Di dalam CD berkenaan tuan Rahman Basri berkongsikan pengalamannya menjana wang sehingga 5 angka sebulan hanya melalui bisnes dari rumah.

Saya sudah dapatkan CD ini dan baru saya faham bagaimana usahawan internet berjaya menjana wang dengan mudah. Saya jamin ini bukan scam, skim cepat kaya dan MLM.

Sekiranya anda berminat sila klik link dibawah.



 ps : Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat ya.

Thursday 13 February 2014

Fahami larangan sambut Hari Memperingati Kekasih

KUALA LUMPUR: Budaya berkasih sayang antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah berlaku sejak zaman-berzaman sehingga tidak menimbulkan rasa bersalah terhadap larangan yang ditentukan Allah SWT.

Atas sebab itu, usaha kesedaran harus dipupuk di kalangan anak-anak remaja hari ini agar memahami mengapa larangan itu dibuat, khususnya ketika menjelang Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day yang diagungkan sesetengah pihak pada setiap 14 Feb.

Pegawai Hal Ehwal Islam (Bahagian Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais Kamos, menegaskan usaha memupuk kesedaran itu perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua pihak memahami tentang larangan tersebut.

"Biarpun masalah sosial ini tidak mengira hari tertentu, biasanya pada hari-hari seperti hari ingati kekasih ini lebih ramai pihak yang teruja meraikannya dan akan menjerumuskan kepada perkara yang tidak baik," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdily, hari ini.
 
Sehubungan itu, kata beliau Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan larangan bagi mana-mana pihak meraikan sambutan Valentine, khusus kepada mereka yang tidak mempunyai hubungan yang sah di sisi Islam.

Beliau ketika dihubungi sedang giat menyebarkan risalah berkaitan fatwa tersebut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam petang tadi.

Sebelum itu, kumpulan beliau seramai 10 orang turut menyebarkan risalah fatwa tersebut di Sekolah Menengah Seksyen 22, Shah Alam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. 
http://bit.ly/cdauidiofree 
Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam........HD
http://bit.ly/cdauidiofree

Tuesday 11 February 2014

Taib hadir taklimat tertutup bersama Menteri Dalam Negeri

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri taklimat tertutup bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
  
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
  
Mengikut jadual awal yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, taklimat tertutup yang dibuat di Pejabat Ketua Menteri itu berkaitan pilihan raya negeri ke-11.
  
Namun seorang pegawai KDN yang datang bertemu media memaklumkan perjumpaan itu hanya kunjungan hormat terhadap Taib dan tiada sidang akhbar akan dibuat.
  
Hampir 30 wartawan media cetak dan elektronik yang mula berkumpul di Wisma Bapa Malaysia sejak 9.30 pagi tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan itu dan hanya menunggu di pintu pagar masuk utama bangunan. - Bernama----HD
http://bit.ly/cdauidiofree

Monday 10 February 2014

Sunday 9 February 2014

Gembiranya Bersama PAS

Selain daripada nikmat Iman dan Islam yang merupakan anugerah Allah kepada hambanya, maka  nikmat  berjamaah  adalah yang ketiga. Banyak manusia leka dan lalai tidak sedar bahawa berjamaah juga merupakan tuntutan di dalam Islam. Bukan semua orang dapat menikmati kelazatan berjamaah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud " Wajib atas kamu berjamaah"  Maksud hadis yang lain " Berjamaah itu rahmat, berpecah merupakan musibah"

Gembiranya bersama PAS kerana dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS,  perkara 3 Dasar PAS ialah Islam. Dasar yang tidak pernah dimamah usia, sentiasa relevan dalam semua keadaan, samaada waktu senang atau waktu susah, waktu menang atau waktu kalah. Dasar inilah yang menyebabkan PAS sentiasa segar di dalam mana- mana keadaan.

Dasar ini menyebabkan pendokongnya merasa perlu beramal dengan Islam dalam semua keadaan. Mungkin sebelum menyertai PAS, peribadinya tidak berapa elok dari segi penghayatan Islam. Keadaanya sudah berubah apabila ia bersama dengan PAS. Perasaan malu datang dengan sendiri kerana panji yang dia pegang ialah Islam.

Jika sebelumnya aurat tidak terjaga apabila bersama dengan PAS, secara automatik ia merasa malu jika masih mendedahkan aurat. Berapa ramai di kalangan pimpinan dan ahli PAS telah berhenti merokok. Walaupun mereka ini berada ditahap perokok yang tegar. Mereka berhenti merokok bukan kerana kesihatan, tetapi kerana merasa malu jika masih merokok. Jika ada masih merokok mereka akan menyorok, ertinya tidak merokok di hadapan orang ramai.

Bersama PAS masa tidak terbuang dan sentiasa terisi dengan program yang bermanfaat. Perkara ini amat terasa, terutama bagi mereka yang pernah berada di dua zaman. Satu semasa sebelum bersama PAS, kedua selepas daripada menyertai PAS. Ertinya tidak ada kerehatan. Jika mereka yang bekerja di siang hari, malam ke kuliah di surau kemudian ke program parti.

Sehingga ada yang menjawab kita akan berehat di syurga nanti, itulah kerehatan yang sebenar bagi seorang hamba sebagai mana yang pernah dinyatakan oleh Imam Shafie. Maklumlah hari cuti am merupakan hari PAS. Sentiasa ruang dan masa disi dengan program yang membangunkan masyarakat. Malahan dianggap oleh ahli PAS sebagai satu hiburan hati dan satu kepuasan apabila dapat menyumbang kepada perjuangan PAS. Mereka gelisah dan tidak tenang hati jika tidak ada program. Inilah nikmat berjuang.

Bersama dengan PAS memberi ruang untuk mendekati ulamak muttaqin yang sentiasa berjihad di jalan Allah. Mereka tidak peduli keredaan manusia, yang dituntut ialah keredaan Allah. Mereka merupakan tonggak kejayaan PAS untuk menarik sokogan rakyat di peringkat akar umbi.

Banyak ijtihad politik seperti tahaluf siasi tidak akan berjaya tanpa restu daripada ulamak. Ulamak cuba menggali khazanah ilmu di zaman silam dengan dipadankan dengan situasi semasa. Daripada sejarah awal penubuhan PAS mempunyai kaitan dengan institusi ulamak dan pondok.

Tan Sri Sanusi Jonid bekas Setiausaha Agung Umno pernah mengungkapkan 3P ( Padi, Pondok dan PAS). Walaupun pondok bukan dikendalikan oleh PAS secara langsung. Namun pengajian yang diajar mempunyai persamaan dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Ulamak inilah yang banyak membantu PAS. Tokoh- tokoh ulama awal yang menggerakkan PAS di peringkat awal seperti Tuan Guru Haji Husin Rahimi Bunut Payung, Tuan Guru Haji Abd Ghani Kubang Bemban Pasir Emas, Tuan Guru Haj Hashim Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Yahya Junid Padang Lumat Kedah, Tuan Guru Pak Man Bukit Besar, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin Pokok Sena Seberang Perai, Tuan Guru Abd Samad Noh Padang Rengas dan lain-lain lagi.

Umno cuba untuk menaja ulamak supaya menyertai mereka, setakat hari ini masih gagal. Ulamak yang muttaqin tidak boleh berlakon dan berpura-pura di dalam kehidupan mereka. Mereka tidak boleh terima perjuangan Umno kerana kontra dengan ilmu yang mereka pelajari. Tambahan pula dari segi rekod, Umno hanya menggunakan ulamak ketika berhajat untuk melawan PAS, selepas itu mereka akan ditinggal begitu sahaja seperti habis madu sepah dibuang. Di dalam PAS jika ada ulamak yang mempunyai agenda peribadi bukan agenda ummah, secara automatik mereka akan terpelanting daripada saf kepimpinan.

Bersama PAS akan melebarkan kenalan di serata dunia. Dalam erti kata yang lain, penyokong PAS akan berada di semua tempat, di mana ada bulan di situ ada orang PAS. PAS menitik berat soal ukhwah, yang menjadi agenda penting di dalam tarbiah PAS. Ukhwah yang merentasi sempadan dan daerah memberi keseronokan kepada kita yang bersama dengan PAS ketika senang atau susah.

Pengalaman penulis sendiri, sewaktu penulis diarahkan bertukar daripada Institut Teknogi Mara (sekarang UITM) Shah Alam ke Melaka pada awal 1990. Ketika itu saya tidak mempunyai saudara mara yang terdekat untuk uruskan soal rumah dan kemudahan-kemudahan lain.

Tetapi alhamdulillah berkat bersama PAS perkara ini begitu mudah diselesaikan dengan bantuan sahabat-sahabat PAS Melaka. Begitulah juga menjadi kelaziman sebagai penceramah yang menjelajah ke seluruh pelusuk kampung, kadang-kadang kenderaan buat hal di tengah jalan. Maka ketika inilah bantuan sahabat PAS yang berdekatan akan membantu.

Memang terasa nikmat bersama dengan PAS, walaupun kadang-kadang memenatkan, namun inilah kemanisan perjuangan yang tidak dirasai oleh orang lain. Kemanisan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, pangkat dan harta. Jika hendak merasai nikmat maka marilah bersama dengan PAS.
http://bit.ly/cdauidiofree
*Penulis adalah Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang

Turunkan tol, konsesi telah banyak punggah duit rakyat

KUALA LUMPUR: Elok rakyat bersuara lantang terhadap pemegang konsesi supaya bersama-sama berkorban untuk meringankan beban rakyat dengan tidak menaikan kadar tol.

Di samping itu, kata Aspan Alias, pihak konsesi tidak menuntut pampasan daripada kerajaan, kerana pampasan yang dibayar oleh kerajaan itu juga adalah wang rakyat.

Menurutnya lagi, pemegang konsesi telah memunggah wang rakyat sebegitu banyak, maka dalam negara menghadapi kekurangan wang ini adalah wajar jika pemegang konsessi lebuhraya menunjukkan rasa terima kasih kepada rakyat yang telah membuatkan mereka menerima keuntungan berlipat kali ganda sejak dari dulu lagi.

“Di sinilah letaknya nilai kepimpinan kerajaan dan jika mereka mendapat penghormatan yang sebenarnya, pemegang konsesi sepatutnya tidak teragak-agak untuk memberikan sumbangan dengan menurunkan atau setidak-tidaknya mengekalkan kadar tol itu setelah meraih berbillion-billion ringgit keuntungan selama ini,” tulis Aspan di dalam blognya, semalam.

Dalam masa yang sama, ujarnya elok pimpinan negara menunjukkan sifat berkorban dengan tidak membelanjakan wang rakyat untuk berglamor tidak tentu arah seperti yang dilihat sekarang.

“Elok tanam sedikit rasa malu dalam diri masing-masing. Rakyat sentiasa memerhati dari jauh dan dekat sikap mereka setiap waktu dan masa,” tulisnya lagi. ----HD

Enam perkara tercela akibat makan banyak

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. "Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?" Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-
1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.
2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.
3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.
4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.
5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

Anwar gesa henti ulas isu PKNS, elak manipulasi media BN

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berhenti memperbesarkan isu penamatan kontrak kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) bagi mengelak manipulasi oleh media BN secara berterusan.

Anwar berkata, semua pihak tidak perlu memanjangkan isu itu kepada media dengan pandangan masing-masing kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Tidak benar mengatakan saya tidak buat apa-apa mengenai pertelagahan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. saya sudah nasihati, tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini,”
"Saya minta dihentikan, Khalid masih lagi Menteri Besar," kata beliau.

Nafi mula kempen

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang itu juga menafikan telah memulakan kempen sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Mengulas kehadirannya dalam beberapa program di Kajang sebelum ini Anwar berkata, ia sekadar kunjungan bertemu rakyat termasuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2014 anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekoah Cina (Dong Zong), semalam..

“Apa yang kempen? Saya setiap tahun datang ke sini (Kajang) begitu juga majlis yang dianjurkan Dong Zong,” katanya.

Sebelum ini beberapa pihak telah membuat laporan polis terhadap Anwar yang didakwa melanggar peraturan pilihan raya kerana telah berkempen sebelum masa kempen yang ditetapkan.-----HD

Taib pun letak jawatan, SPR terkejut tak?

KUALA LUMPUR: Perletakaan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dibayangkan hujung bulan ini bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlaku.

Perletakan jawatan itu bermakna Taib akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, yang beliau pertahankan sejak 2001.

Mengulas hal itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata beliau ingin bertanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terkejut dengan pemgumuman Taib ini.

Ini kerana dalam kes Kajang, SPR mendakwa PRK yang akan ditandingi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, telah menganggu tugas mereka melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula pilihan raya.

"Kita mahu bertanya kepada SPR, apa sikap dan alasan mereka dalam kes Taib ini. Adakah mereka tidak terkejut?

"Adakah yang ini tidak mengganggu SPR?," soal Ahli Parlimen Tumpat itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sebelum ini berkata, PRK Kajang yang berlaku akibat perletakan jawatan bekas Adun PKR Lee Chin Cheh telah mengganggu urusan-urusan yang lain yang sedang diberi fokus oleh SPR.

Ekoran itu juga kata beliau, SPR terpaksa mengubah gear, malah mengubah semua sekali perancangan mereka.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, adalah tidak wajar bagi SPR mengeluarkan alasan berbaur politik atau menegur siapa nak letak jawatan atau tidak dan siapa nak bertanding.

"Tugas SPR hanya menguruskan dengan baik supaya praya berlaku dgn adil dan baik. Yang akan menghukum adalah rakyat. Biar rakyat yang tentukan," katanya lagi.

Beliau memberi contoh, pada tahun 1988 Tan Sri Shahrir Abdul Samad pernah meletak jawatan sebagai ahli parlimen BN Johor Bahru dan bertanding bebas.

Pada pilihan raya yang diadakan 25 Ogos 1988 itu, Shahrir menang dengan majoriti 12,613 undi iaitu lebih tinggi berbanding ketika mewakili BN.

Beliau mendapat 23,581 undi mengalahkan calon BN Masud Abdul Rahman yang memperoleh 10,968.---HD

Saturday 8 February 2014

PR Dun Kajang: Nalla buat laporan polis


KUALA LUMPUR: Senator Datuk S. Nallakarupan membuat laporan polis mendakwa ada pihak cuba mengganggu dan menghalang beliau daripada bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
               
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang semalam.               

Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa bertujuan menghalang hasrat beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.
               
PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Jan lepas.
               
Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.
               
Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi pemimpin atas alasan masalah moral. - Bernama --------HD

Friday 7 February 2014

Mengapa saya menyokong 'Rencana Kajang'

1.“Rencana Kajang” adalah sangat rumit untuk diringkaskan namun saya akan cuba membuat penerangan dan kalau baik menjadi pencerahan dan kalau tidak menambah keharuan. (Baca penulisan saya tentang pohonan maaf tidak menulis secara lebih lengkap).

2.Saya sedar dengan pelbagai risiko dikecam, paling tidaknya sebagai ‘apologist’ PKR. Demi misi perjuangan yang disepakati - ‘Menegakkan Kebenaran dan Keadilan serta Meruntuhkan Kebatilan serta Kemungkaran,’ saya teruskan.

3.Berbeza dengan naratif terperinci yang lebih detail yang belum boleh saya terbitkan atas sebab telah saya terangkan dalam penulisan sebelum ini, ringkasan ini hanya mampu menggariskan beberapa nokhtah penting.

4.“Rencana Kajang” (RK) adalah cetusan pemikiran sekumpulan ‘think-tankers’ bagi mendepani cabaran situasi yang kian menekan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Walau saya  tidak sebahagian dari team itu dan rasa ‘terkilan’ tidak dilibatkan bersama ‘mencetuskannya’, saya cuba secara objektif menilainya kini.

5.Ada yang cuba menyifatkan dan membandingkannya dengan ‘precedent’ politik terdahulu seumpama dalam kes perletakkan jawatan seorang Menteri Umno-BN (Ahli Parlimen) untuk bertanding kerusi DUN bagi laluan untuk diangkat menjadi MB.

6.RK tentunya mempunyai perhitungan yang berbeza dan punya kelainan latarbelakang dan tidak perlu mengambil insiden terdahulu sebagai ‘precedent’.

7.Mungkin sebab ada yang membaca tindakan politik ini hanya  dalam ruang-lingkup cakupan “Real Politik” sahaja, maka ada membuat rumusan bahawa ia salah kerana sebab menghabiskan wang rakyat dan merugikan rakyat. Penulis mahu berbeza pandangan.

8.Penulis mahu mengungkapkan RK sebagai satu ‘Forward Defence’ atau satu ‘Pre-Emptive Attack’ dalam bahasa strategi, apabila jelas bacaan politik seluruhnya (terdahulu, terkini dan mendatang) mengisyaratkan satu unjuran (prognosis) yang mengancam dan menggugah keutuhan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

9.Bagi penulis, kemuncak tujuan atau ‘Matlamat Strategik’ RK ialah: Satu pendekatan bagi mempastikan bukan sahaja negeri Selangor dapat ‘Menangkis Serangan’ seterunya bahkan akan terus dilonjakkan menjadi ‘Negeri Pelopor dalam Persekutun Malaysia“ atau “The Leading State of the Federation”.

10.Dari kedudukan Selangor sebagai ‘Iconic State’ atau ‘Negeri Ikon atau Negeri Contoh’, Pakatan terus mahu diberi ‘mandat rakyat’ mengurus Putrajaya sebagaimana Pakatan mentadbir Selangor.

11.Maka kecemerlangan Selangor akan menjadi hujjah dan bukti bahawa Pakatan bersedia untuk kini mengangkat negara pula supaya berada dalam “Liga Negara yang dihormati dan Maju”. 

12.Penulis secara ilmiah mahu melihat ‘Rencana Kajang’ ini dari perspektif “Political Islam” dan ‘Siyasah Syar’iah’- (bukan sekadar langkah rencana ‘Real Politik’). Dalam bahasa ‘Fiqhus Siaysah’nya, ia adalah ‘bacaan politik menyeluruh’ (Al-Istikraq) yang lantas menuntut, antara lain, supaya diambil tindakan yang bersifat “Menutup pintu-pintu Kemudharatan” (Sadda Dzari’ah) yang terkadangkali membawa kepada risiko sebaliknya, yakni “ Membuka Pintu-Pintu Kemudharatan (Fathul Dzari’ah)”. Namun ia wajar diharungi bagi kemaslahatan yang lebih besar.

13.Penulis mengandaikan pembaca memahami serta mengikuti bagaimana seteru atau lawan politik telah pun dan terus akan menyerang negeri ini dengan pelbagai kaedah dan penjuru. Pertentangan agama atas isu Kalimah Allah semakin sengit dan api perkauman saja ditiupkan oleh unsur-unsur ekstremis dan pelampau.

14.Mereka tidak segan silu mengheret institusi Sultan meskipun pun semua warga tahu bahawa negara mengamalkan “Raja Berperlembagaan”. Isu-isu yang lain seperti isu migrasi air dan pentadbiran serta tata-kelola juga perlu ditangani secara berkesan supaya tidak dapat dibolosi anasir ‘subversion’. Penulis tidak mengunjur senario yang lebih buruk kerana akan dituduh mengambil mengambil pendeketan ‘Alarmist’ (Gempak) bagi menjustifikasi Rencana Kajang ini.

15.Dalam bahasa mudahnya, RK adalah strategi yang terpaksa diambil bagi sesuatu Kemaslahatan Perjuangan yang disepakati mampu menyampaikan kepada Matlamat Strategik di atas. Laluannya (Maslak) ialah Kajang yang sekaligus merupakan ‘Faktor Kritikal Kejayaan’ atau “Critical Success Factor” (CSF) dalam menjayakan rencana ini.

16.Apakah semudah itu? Tentunya tidak! Risikonya besar dan bukan kepalang. Dalam bahasa Pelaburan.. “Risiko Besar, Pulangan Besar” atau ‘High Risk High Return’. Tidak sukar menjangka bahawa seteru politik Pakatan akan merancang pelbagai ‘strategi’ bagi menggagalkan rencana ini. 

17.Maka cakap-cakap tentang kerugian wang rakyat mesti diimbangi dengan ‘laba’ yang lebih lumayan seandainya RK berjaya dilaksanakan. Pulangannya pula melampaui hanya garis ‘kebendaan’ tetapi melepasi tuntutan terhadap ‘Quality of Life’ atau ‘Kualiti Kehidupan’ yang lebih baik dan bermaruah.

18.Seperkara tentang penjelasan isu. Benar perang  ‘Khalid-Azmin’ sudah tidak boleh disorok lagi. Menjustifikasi “Rencana Kajang” sebagai kaedah penyelesaian adalah amat tidak wajar dan mungkin juga tidak tepat. PAS (dan DAP) akan pasti menolak kalau kesemua ini hanyalah untuk memenangkan satu-satu pihak.

19.Dengan kata lain juga PAS akan juga awal-awalnya menolak rencana ini, andainya itu sahaja Kepentingan (Maslahah) yang hendak dicapai atau itu sahaja kemudaratan yang hendak ditangkis kerana tidak setimpal dengan ‘risiko berat’ atau kemudaratnnya (Mafasid) yang bakal diterima bagi menjayakan rencana ini termasuk berlaku krisis pentadbiran.

20.Sebabnya jelas kerana ‘Qawaid Fiqhiyah’ menegaskan “Menolak Kemudaratan adalah lebih awla (penting) dari Mengambil Kepentingan”. Kemudaratan besar yang mahu ditolak adalah ‘Menolak dan ‘Menangkis Serangan’  dari seteru.

21.Namun perlu dipastikan tindakan ini tidak mencetuskan kemudharatan yang lebih besar yakni seumpama berlaku krisis kepimpinan di mana undang-undang tubuh negeri akan digantung.  Kesemua itu mesti digarap dalam satu derap-langkah yag bersepadu.

22.Wajar juga diingatkan bahawa RK harus direalisasikan kerana Kemaslahatan yang hendak dicapai yakni di segi “Matlamat Strategik”, membina ‘Negeri Contoh’ dengan memperkukuhkan gandingan kepimpinan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim - akumen politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu mewajarkan dan mengharuskan Rencana Kajang ini digerakkan dengan membuka laluan mendepani risiko - “Fathul Dzari’ah. Jangan lupa akan kekuatan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

23.Inilah metodologi atau laluan (maslak) pemikiran “Al-Istishraaf Al-Istiqbaly” (Futuristic Thinking – Menerobos Realiti Kedepan) yang sangat dihajati oleh pemikir pemikir “Political Islam”. Ia berlawanan dengan realiti Gerakan Islam yang sentiasa terperangkap dalam jajaran bertindak secara Infi’ali atau “Reaksionari”.

24.Bertindak bagi membangunkan ‘dua kepentingan utama’ yang diijtihadkan oleh Syeikh Tahir bin Ashur yang menghuraikan karya agung ‘Al-Muwafaqat’ karangan Imam al-Shatibi yakni ‘Al-‘Adalah wa Al-Hurriyyah’atau ‘Keadilan dan Kebebasan’ adalah pendekatan "Maqasidiy" yang perlu dipelopori oleh Gerakan Islam Kontemporari. Pakatan Rakyat adalah pengalaman (tajribah) wadah PAS selaku Gerakan Islam dalam Tahaaluf Siyasi atau 'Politik Koalisi'.

25.Mengingatkan bahawa lima Kemestian Utama (Dhorruriyah Al-Khmsah) dalam Maqasid Syar’iyah yakni menjaga Agama, Aqal, Nyawa, Keturunan dan Harta-Benda kini ditambah dengan kepentingan Keadilan dan Kebebasan menjadikan Gerakan Islam lebih komprehensif dan menyeluruh lagi dalam persaingan global ini. Penulis mahukan ini sekaligus digarap dalam agenda RK.

26.Maka tindakan ‘Rencana Kajang’ mesti keluar dari paradigma persaingan ‘kepompong pemikiran lama’ yang mengheret Pakatan kepada ‘Politik Longkang dan Jelek’ (Gutter Politics). Penulis mahukan PAS/Pakatan Rakyat khasnya untuk membawa negara ke arah satu Politik Baru yang lebih ‘Bersih dan Adil’ supaya benar-benar dapat menjayakan ‘Agenda Islah’ (Penambahbaikan) serta mengangkat “Karamah Insaniyyah” (Kemuliaan Manusiawi) yang sebenarnya.

27.Meskipun tidak diminta dan mungkin juga tidak berapa diperkenan pelbagai pihak, namun inilah pandangan penulis yang menjadikan beliau sangat teruja dan sangat bersemangat dengan ‘Rencana Kajang’ ini. Kalau ada yang berpandangan penulis “apologist” kepada rencana PKR atau sesiapa pun, tuduhan itu sangat malang dan meleset.

28.Dalam erti dan maksud itu juga, Penulis dalam Forum”Kajang Move” di Empire Hotel, Subang Jaya, bersama panelis lain termasuk Pengarah Strategik PKR, YB Rafizi dan YB Tony Pua menegaskan bahawa ‘Rencana Kajang adalah Laluan Strategik Pakatan Rakyat Ke Putrajaya’!

29.Maka adalah sangat tepat bagi Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera parti bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat

PRK Kajang: Lucu jika saya sabotaj diri sendiri - Khalid

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya akan berlaku sabotaj dari pihaknya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti sebagai tuduhan yang melucukan.

Menepis tomahan itu, Khalid berkata ianya sesuatu yang tidak masuk akal kerana beliau selaku pengarah pilihan raya yang dilantik PKR bagi pilihan raya kecil itu, tentunya mahu Anwar selaku calon, menang.

"Macam mana kata saya sabotaj. Saya pengarah PRK Kajang, kalau macam itu saya sabotaj diri saya sendiri. Itu pasti suatu yang lucu," katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media di Bangunan SUK hari ini.

Unsur sabotaj itu dikatakan berkaitan dengan tindakan pemecatan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holding yang dianggap tidak kena pada masanya ketika PRK DUN Kajang bakal diadakan.

Abdul Khalid bagaimanapun mempertahankan keputusan pemecatan tersebut sebagai mengikut polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Tidak kena pada masa atau tidak bukan isu, menguruskan korporat mesti dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.

"Cuma malangnya, masanya adalah sekarang dan keputusan perlu dibuat sekarang," katanya.----HD

Teresa Kok: PAS kecam provokasi melampau

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan provokasi perkauman melampau akhir-akhir ini.

“Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam,” tegas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, tindakan menyembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan, seolah-olah ianya selaras dengan kehendak syarak.

Beliau berkata, PAS mengesahkan agar semua pihak bertindak mengikut lunas perundangan dan membawa sebarang isu yang dianggap melampau kepada pihak berkuasa.

Lebih sedih, ujar beliau apabila tindakan menggalakkan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita.

“Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat. Jangan pula memberi alasan tiada masa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menasihatkan agar berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun.  

“Cukuplah bermain isu agama dan bangsa tatkala nilai wang ringgit, yang jatuh ke paras terendah RM2.624 berbanding mata wang Singapura dan ekonomi negara semakin malap,” ujarnya sinis.
Sumber;HD

Keajaiban manusia akhir zaman

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat ramai. Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman. Namun, apabila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan. Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang akhir zaman ini. 

Yang berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. Di antaranya:

1.Apabila seorang pengusaha atau pejabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan, dengan mudah dapat ditangkap, dibicarakan dan diputuskan hukuman penjara, walaupun mereka mengambil hanya satu buah tembikai atau tiga batang ubi kayu, mungkin saja kerana lapar.


2. apabila ada orang atau kumpulan dengan jelas merosakkan dan menghina ajaran Islam yang sangat fundamental, seperti Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya berlaku di negara Islam, maka orang dengan mudah mengatakan yang demikian itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama.

Namun, bila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten dengan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak boleh berdakwah dengan hikmah, bahkan perlu dicurigai sebagai calon pengganas.

3.Apa-apa saja yang dituliskan dalam akhbar, dengan mudah orang mempercayainya, walaupun itu hanya tulisan manusia dan belum teruji kebenarannya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.

Akan tetapi, apa yang tercantum dalam Al-Quran belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Quran itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang mustahil berbohong. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari berbagai sisi ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan mengajarkan Al-Quran boleh mengajarkan fahaman terorisme.

4.Tidak sedikit manusia, termasuk yang mengaku Muslim yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka kacau dan mereka selalu menghadapai pelbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para penguasa negara mereka. Mereka masih saja menuntut: inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.

Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu akan membawa kepada kemunduran, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat, Adalah mustahil Allah menzalimi hamba-Nya.

5.Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia sedang menjalankan ajaran agamanya.

Namun, ketika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang selalu harus dicurigai, khususnya ketika masuk ke tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

6.Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya dengan rapi, orang akan mengatakan bahawa Biarawati itu telah menghadiahkan dirinya untuk Tuhan-Nya.

Namun, bila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terbelakang dan tidak sesuai dengan zaman, padahal mereka yang menuduh itu, para penganut fahaman demokrasi, yang katanya setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.


7.Apabila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja di luar kerana menjaga anak, menguruskan rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja di luar rumah demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, apabila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suami, menguruskan kerja rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya dia dikongkong dan perlu dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki atau apa yang sering mereka katakan dengan kesaksamaan gender.

8.Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan pelbagai barang perhiasan dan pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.

Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya eksklusif dan berfikiran sempit tidak sesuai dengan peraturan dan paradigma kampus atau tempat kerja mereka.

9.Apabila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai-bagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah pembinaan bakat, kecerdasan dan kreativiti seorang kanak-kanak.

Namun, apabila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pola pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

10.Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke atas negara Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.

Akan tetapi, bila kaum Muslim melawan Yahudi atas nama pembebasan Palestin, atau melawan Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.

11.Apabila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.

Namun, apabila orang Palestin melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari penculikan dan pembunuhan oleh tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari dinoda oleh pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? kerana dia adalah seorang Muslim.

12.Apabila anak-anak Yahudi diajarkan ilmu perang dan senjata automatik untuk membunuh kaum Muslimin di Palestin, maka akan menegatakan bahwa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri walaupun mereka adalah penceroboh.

Namun, bila anak Palestina belajar melemparkan batu menghadapi rejim Yahudi yang dilengkapi dengan tank dan senjata canggih yang menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka sebagai pelaku kejahatan yang pantas ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan belasan tahun.

Inilah sekelumit keajaiaban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita mendapatkan pelajaran yang baik sehingga dapat menentukan sikap yang benar, atau kita akan jatuh menjadi mangsa keajaiban akhir zaman?

http://detikislam.blogspot.com/

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my