Saturday 31 January 2015

Beruang matahari gemparkan pekerja ladang sawit

SIBU 31 Jan. - Sekumpulan pekerja ladang kelapa sawit warganegara Indonesia di Jalan Binta­ngor-Sibu dekat sini gempar apabila diserang seekor haiwan yang kelihatan aneh dan berkuku panjang serta tajam semalam.
BERUANG matahari yang menghidap penyakit kulit ini pengsan setelah dipukul oleh sekumpulan pekerja warga Indonesia yang mendakwa ‘haiwan aneh’ itu cuba menyerang mereka di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu, Sibu, Sarawak, pagi kelmarin.

Salah seorang pekerja itu memberitahu, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, binatang tersebut tiba-tiba datang meluru ke arah mereka yang ketika itu sedang sibuk bekerja di ladang.

“Apabila melihat haiwan itu yang kelihatan agresif seperti mahu menerkam kami, rakan saya telah memukulnya hingga pengsan dan menghalaunya ke hutan berdekatan selepas ia sedar.
Advertisement

“Kami juga sempat merakam video dan mengambil gambar haiwan aneh itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Sarawak Forestry Corporation (SFC) percaya haiwan aneh yang menyerang pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu semalam adalah beruang matahari.

SFC dalam kenyataan berkata, berdasarkan pemerhatian oleh Ketua Warden Hidupan Liarnya terhadap foto dan rakaman video oleh pekerja ladang berkenaan, haiwan itu mempunyai ciri-ciri yang menyamai beruang matahari yang merupakan spesies yang amat jarang ditemukan.

Katanya, antara ciri itu ialah muncung hidung berwarna hitam dan kuku yang panjang.
Advertisement

“Ia juga dipercayai sakit tenat dan luruh hampir keseluruhan bulu,” katanya di sini hari ini.

Menurut SFC, keadaan banjir di kawasan penemuan itu menyukarkan Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) agensi tersebut mengesan dan menyelamatkan haiwan itu.

“Beruang matahari adalah spesies yang paling kecil dalam kalangan lapan jenis beruang di dunia dan dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1998 di Sarawak,” katanya.
- See more at: utusan.com

Friday 30 January 2015

Bahaya lelaki bunga

Abha, Arab Saudi: Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan.
Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi - Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa - termasuk kerajaan.

Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu.
Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka.

“Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka.
“Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya.

Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat.
Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka.
“Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya.

Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27503#sthash.DR0QyBxr.dpuf

Wednesday 28 January 2015

Anak muda mahu Anwar bebas 'kisah dongeng'

Kisah liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim iaitu ketua pembangkang Malaysia seolah-olah cerita dongeng.

Jika kes yang pertama, mungkin ramai boleh "termakan" dengan si pembuat cerita.

Namun apabila timbul kisah yang berbentuk siri, di peringkat anak muda melihat ini seperti kisah dongeng.

Jika kaum Melayu, terkenal dengan kisah-kisah dongeng Pak Pandir dan Mak Andih dan sebagainya.

Tetapi bagi pemerintah di Malaysia, mereka bakal terkenal dengan kisah dongeng Liwat 1 dan Liwat 2.

Saya sebagai anak muda dan mewakili Anak Muda Harapan Malaysia mendoakan dan mengharapkan Anwar Ibrahim akan terlepas dari disabit bersalah dalam kisah dongeng ini pada 10 Februari 2015 setelah sekian lama dijadikan watak utama dalam kisah yang dicipta oleh pihak-pihak tertentu.

Sama-sama mendoakan semua berjalan dengan lancar dan baik.

FAHMI ZAINOL Aktivis Anak Muda Harapan Malaysia.
 

Penyanyi Taylor Swift diugut siar gambar bogel


Laman sosial Twitter dan Instagram penyanyi jelita Amerika Syarikat Taylor Swift dilapor digodam pada Selasa.

Penggodam itu juga dilapor mengugut akan menyiarkan foto bogel bintang berusia 24 tahun itu, lapor portal berita CBS News.

Swift mempunyai lebih 51 juta pengikutnya di laman Twitter, sekali gus menjadi antara artis paling banyak pengikut di laman sosial itu.

Penggodam turut memecah masuk akaun Twitternya dan mula menyiarkan mesej menggesa peminatnya mengikut profil @lizard, yang mendakwa menjadi ketua kumpulan penggodam "Lizard Squad".

Bagaimanapun tweet itu segera dipadamkan dan Swift berjaya mengawal akaun Twitternya semula dan dengan memadam ugutan itu.

Beliau malah mengejek penggodam itu dengan berkata:

"Bergembiralah Photoshop (ubah suai) gambar bogel saya kerana mereka TIDAK DAPAT APA-APA," kata Swift pagi ini.

Sunday 18 January 2015

Taufik Batisah - #AwakKatMane (Music Video)

.

 Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)



Awak kat mane, awak awak kat mane

Asyik awak kat mane macam budak darjah dua

Awak sudah kenapa sikit sikit nak call saya

Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka



Buat apa? Di mana? Ku selalu ditanya

Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada

Ini bukan namanya manja

Meluat ku dibuatnya



You nak pergi mane? Dia bunyi lagi

I call you tak answer, nak dekat seribu kali

Kenapa selalu curiga

Sikit sikit dia mesti tanya di mana



Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)



Awak kat mana, awak awak kat mana

Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila

Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada

Kau budak budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada



Tak kira di mana pun aku berada

Dah macam orang gila dia bertanya

Awak dah kat mana, awak buat apa

Jadi begini jalan ceritanya (kau dengar ni)



Lain kali cuba berdikari

Beerti tak perlu call aku lagi

Cobalah kau fikir sendiri

Jangan sikit sikit pulak engkau tanya di mana



Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane (yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)

Awak kat mane, awak awak kat mane(yeaa)

Awak kat mane, awak awak kat mane(ditanya tanya lagi)



Assalamualaikum

Saya nak keluar studio ni

Dah selesai pun rakaman lagu ni

Saya nak tanya sikit ni

Meluat tak?

Awak kat mane?

Sumber:lirilaguvid

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my