Sunday 10 June 2012

Sham Kamikaze - Tangisan Keinsafan


As seen on : Sham Kamikaze - Tangisan Keinsafan
 Manusia secara fitrah memerlukan hiburan kerana ia menyumbang produktiviti. Tekanan hidup berterusan boleh menyebabkan seseorang itu berputus asa. Semua orang perlukan hiburan tetapi apa yang menghiburkan itu berbeza.

Apakah hiburan hakiki yang boleh memberikan ketenangan? Tiada ketenangan hakiki kecuali mengingati Allah. Mengingati Allah juga tidak semestinya dibatasi dengan ibadat khusus. Islam agama fitrah yang meraikan fitrah dan keinginan manusia pelbagai.

Syariat adalah garis panduan jelas bagaimana meraikan dan mengawal keinginan manusia. Tidak menjadi kesalahan meminati lagu yang enak didengar selagi liriknya tidak bercanggah akidah Islam atau melalaikan. Oleh itu, hiburan dalam Islam perlulah sesuatu yang tidak melalaikan.

Apa yang dimaksudkan dengan melalaikan? Sesuatu itu dapat dirumuskan sebagai tidak melalaikan jika ia tidak menjadikan seseorang itu lupa kepada Allah dan caranya tidak bercanggah dengan syariat.

Walaupun Islam meraikan pelbagai keinginan manusia, Islam juga menetapkan kaedah jelas meraikan keinginan itu. Pada masa sama, perlu diperhalusi tujuan berhibur. Jika berhibur untuk mendapatkan ketenangan dan merehatkan minda, tiada kaedah terbaik kecuali mengingati Allah.
Firman Allah bermaksud: "(Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra'd, ayat 28)


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my