Friday 31 January 2014

Anak pasangan Malaysia berlepas pulang ke tanah air


Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok, kata Hamzah ketika dihubungi Bernama sebelum berlepas pulang.

Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman mengucapkan selamat jalan kepada mereka di lapangan terbang di sini.

Semalam, anak-anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini oleh pihak berkuasa Sweden dalam satu majlis di pejabat kedutaan.

Mereka kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.

Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, keempat-empat beradik itu juga dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia pada majlis itu.

Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, pada 18 Dis lepas.

Pihak pendakwaan juga memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman terhadap Azizul Raheem selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Feb ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Difahamkan, mahkamah sama akan bersidang hari ini bagi memutuskan penahanan reman terhadap Shalwati.

Tahanan reman Azizul dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak mereka ditahan.

Tiada had penahanan reman di Sweden. – Bernama


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my