Wednesday 28 January 2015

Penyanyi Taylor Swift diugut siar gambar bogel


Laman sosial Twitter dan Instagram penyanyi jelita Amerika Syarikat Taylor Swift dilapor digodam pada Selasa.

Penggodam itu juga dilapor mengugut akan menyiarkan foto bogel bintang berusia 24 tahun itu, lapor portal berita CBS News.

Swift mempunyai lebih 51 juta pengikutnya di laman Twitter, sekali gus menjadi antara artis paling banyak pengikut di laman sosial itu.

Penggodam turut memecah masuk akaun Twitternya dan mula menyiarkan mesej menggesa peminatnya mengikut profil @lizard, yang mendakwa menjadi ketua kumpulan penggodam "Lizard Squad".

Bagaimanapun tweet itu segera dipadamkan dan Swift berjaya mengawal akaun Twitternya semula dan dengan memadam ugutan itu.

Beliau malah mengejek penggodam itu dengan berkata:

"Bergembiralah Photoshop (ubah suai) gambar bogel saya kerana mereka TIDAK DAPAT APA-APA," kata Swift pagi ini.


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my