Sunday 11 October 2015

Mayat Rakan Berulat Depan Mata



Midah memeluk erat Norieen sewaktu menceritakan detik ngeri dan pilu anaknya itu sepanjang 47 hari di dalam hutan ketika ditemui di HRPZII, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Salah seorang kanak-kanak Orang Asli yang ditemui hidup selepas 47 hari hilang di hutan, Norieen Yaakob, 10, menceritakan pengalaman mengerikan apabila dia terpaksa tidur bersama mayat rakan-rakannya.
Menceritakan perkara itu kepada ibunya, Midah Angah, 40, Norieen berkata, dia tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu takut dengan keadaan persekitaran selain melihat mayat rakan baiknya yang semakin mereput.
Menurut Norieen, dia sendiri menyaksikan dua rakannya iaitu Ika Ayel, 9 dan Juvina David, 7, mati di sisinya.
“Kata Norieen, dia sendiri menyaksikan bagaimana Juvina mati sehinggalah mayat berkenaan mulai reput dan berulat.
“Sepanjang malam Norieen tidak dapat tidur kerana takut serta tidak tahan dengan bau mayat rakan-rakannya,” cerita­nya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini semalam.


Artikel : .kosmo.


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my