Sunday 11 October 2015

Telemovie Jauh Part 2


Telemovie Jauh_Part 2 oleh AM_SAR1192


Sinopsis Telemovie/Novel Jauh

" Masa dan Kejauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan..."
Jauh mengisahkan Syafika atau Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Kerana tidak suka dengan jodoh yang ditentukan oleh keluarga, Ika cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan.

Ika bertindak melawat keluarga ibu saudaranya di luar negara. Di sana Ika bertemu dengan Fikri. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah. Dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri.
"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."
Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Bagai telah dijangka, keputusannya itu  mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. 

Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.
"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."
Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Selepas 2 tahun, Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta dan kasih kembali bertaut.  Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.

Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ?


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my