Tuesday 25 February 2014

Agihan air: Syabas diminta jangan berdolak dalik


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berpendapat tempoh lama ambil oleh Syabas untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi Pelan Pengagihan Air Berjadual akibat penutupan Loji Batu 11 dan Loji Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan ramai.
 
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan semalam menyatakan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk pastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini. 

“Penurunan paras air empangan kerana perubahan monsun yang menyebabkan cuaca panas berlanjutan dan keadaan ini turut dialami di negeri-negeri lain,” jelas kenyataan itu, sebagaimana di bawah.

Perbincangan mengenai persediaan terhadap cadangan pelaksanaan penjadualan pengagihan air telah dibincangkan bersama wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor sejak 18 Februari 2014.
 
Dalam mesyuarat itu, jawatankuasa telah dimaklumkan keadaan paras empangan di Selangor khususnya Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Klang Gates yang menghampiri paras kritikal.
 
Pihak Syabas telah diminta menyediakan pelan penjadualan pengagihan bagi kawasan liputan Loji Sungai Selangor 1,2,3, Loji Rasa dan Rantau Panjang sekiranya pengurangan pelepasan air dilaksanakan daripada Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH).
 
Jawatankuasa berkenaan meminta supaya Syabas membentangkan pelan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 20 Februari 2014.
 
Namun, Syabas hanya membentangkan Kertas cadangan Untuk Catuan Bekalan Air dan Pelan Penjadualan Bekalan Air akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat yang mengakibatkan penutupan Loji Batu 11, Cheras dan Bukit Tampoi tetapi gagal menyediakan pelan penjadualan pengagihan air sekiranya pengurangan pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor dilaksanakan.
 
Kerajaan Selangor sekali lagi mengarahkan Syabas menyediakan pelan penjadualan pengagihan air untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air pada 21 Februari.
 
Bagaimanapun Syabas masih gagal menyediakan pelan tersebut dan Kerajaan Negeri mengarahkan syarikat konsesi itu menyediakan pelan pengagihan pada 24 Februari, namun sekali lagi Syabas gagal sebaliknya wakil Syabas meminta pelan pengagihan disediakan oleh Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air kerana dikatakan lebih berpengalaman.
 
Kerajaan Selangor berpendapat tempoh lama ambil oleh Syabas untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi Pelan Pengagihan Air Berjadual akibat penutupan Loji Batu 11 dan Loji Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat dan menjadikan SPAN sebagai alasan amat tidak masuk akal, mengarut dan tidak boleh diterima kerana perkara ini mustahak dan melibatkan kepentingan ramai.
 
Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan pengurangan pelepasan air daripada empangan untuk pastikan pengguna tetap menerima bekalan air walaupun berselang seli sehingga akhir Mac ini. Penurunan paras air empangan kerana perubahan monsun yang menyebabkan cuaca panas berlanjutan dan keadaan ini turut dialami di negeri-negeri lain.
 
Sehubungan itu, kita meminta Syabas menyediakan pelan penjadualan pengagihan dengan segera tanpa memberikan pelbagai alasan kerana tugas mengagihkan air bersih kepada pengguna adalah tanggungjawab Syabas sebagai syarikat konsesi.
 
Kerajaan negeri tegaskan bahawa keaadan pada ketika ini berbeza dengan apa yang berlaku pada 15 Julai 2012 apabila Syabas mengumumkan catuan air di Lembah Klang tanpa mendapat persetujuan kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
 
Bagi situasi pada hari ini, persetujuan untuk Syabas melaksanakan pengaktifan pelan penjadualan pengagihan air sekiranya pelepasan air mentah daripada empangan dilaksanakan telah pun diberikan oleh kerajaan negeri namun Syabas gagal menyediakannya biarpun telah diminta beberapa kali.----HD




Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my