Tuesday 25 February 2014

SPAN lulus p'kat kedua agih air berjadual


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan permohonan untuk peringkat kedua pengagihan air berjadual di Selangor bermula Ahad ini.
  
Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kasim berkata peringkat kedua pengagihan air berjadual perlu dilakukan dengan teliti memandangkan jumlah penduduk yang bakal terjejas lebih ramai dan kawasan terlibat lebih besar.
  
"Sehubungan itu, adalah dimaklumkan Syabas juga akan membuat pengumuman perincian ke atas peringkat kedua pengagihan air berjadual di kawasan lain di Selangor selewat-lewatnya Jumaat ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Sementara itu, Ismail berkata bacaan paras air di tujuh empangan di Selangor menunjukkan hanya dua mencatat paras membimbangkan.
  
"Di antara tujuh empangan di Selangor, dua empangan iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gates menyusut ke paras membimbangkan dengan masing-masing mempunyai peratus simpanan sebanyak 48.94 peratus dan 54.10 peratus.

"Pada masa ini, jumlah pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor ialah sekitar 1,800 juta liter sehari (JLH), Empangan Sungai Tinggi 1,200 JLH dan Empangan Klang Gates 120 JLH untuk dirawat oleh loji rawatan air," katanya.
  
Ismail berkata keperluan air mentah untuk bekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini ialah 4,900 JLH.
  
"Selaku pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal sumber air, kerajaan negeri telah meluluskan supaya pelepasan air di Empangan Sungai Selangor dikurangkan sehingga 500 JLH secara empat peringkat," katanya.  
  
Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.
  
Abdul Khalid berkata melalui program itu, kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya. - Bernama-----------HD 


Percuma! Cd Audio Idea Bisnes Dari Rumah
http://bit.ly/cdauidiofree


EmoticonEmoticon

Artikel Pilihan

Blog Archive

Total Pageviews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my